Jumaat, 3 November 2017

Testimoni Vitamin C Shaklee Buat Saya Jarang selesema

Assalamualaikum,

Hai semua. Sebelum ini Nisa ada kongsi Testimoni Vitamin C Shaklee dari orang lain. Kali ini Nisa nak kongsi pula Testimoni Vitamin C Shaklee dari diri Nisa sendiri.

Jom tengok video di bawah ini..



Pertama kali Nisa ambil Vitamin C Shaklee pada tahun 2012, iaitu selepas melahirkan anak yang pertama. Masa tu Nisa Czer, jadi Nisa beli set menyusu Shaklee dan Vitamin C ini adalam set tersebut. Kebetulan Vitamin C sangat penting untuk pulihkan luka bersalin. Selepas makan Vitamin C ni, ramai tegus kulit muka nisa macam cerah and glowing (orang cakap tau, nisa pun tak perasan).

Badan pun jadi makin sihat, jarang jatuh sakit. Kalau sakit pun, Alhamdulillah cepat pulih. Lebih-lebih lagi Nisa kerja shift ,kadang malam kadang siang dan kerja time cuaca tak menentu..hujan-hujan pun kerja, kadang-kadang tengah hari terik pun kena kerja. Jadi Vitamin C (lagi best bergabung dengan Nutriferon Shaklee ) sangat membantu Nisa untuk tingkatkan imun badan supaya tak mudah diserang penyakit.

Jerawat memang kawan setia, tapi sejak makan Vitamin C ni jerawat cepat surut dan kecut. Parut jerawat semakin pudar dan menghilang (nak hasil terbaik, makan dengan Vitamin E Shaklee...oh ESP juga).

Dulu kerap kena gusi berdarah, setiap kali gosok gigi mesti ada darah. Sejak amalkan Vitamin C Shaklee, memang dah tak de dah kes gusi berdarah.

Nisa memang sangat galakkan korang ambil Vitamin C Shaklee ni, sebab ia nya memang organik jadi lebih senang badan nak serap. Lagi satu ia Sustained Release. Badan kita mana boleh terima Vitamin C banyak-banyak dalam satu masa. Jadi Shaklee cipta sistem ini, vitamin C akan release sedikit demi sedikit untuk tempoh 5 jam. best kan...tak de lah terbazir vitamin C yang kita makan tadi.

Kalau korang nak beli Vitamin C Shaklee ni boleh hubungi Nisa tau, Nisa akan beri free consultation. Nak COD pun boleh, tapi sekitar Subang, Shah Alam , Nilai dan Sepang.


Khairunisa Zakaria (Nisa)
013-225 1756
Pengedar Shaklee Subang
Pengedar Shaklee Nilai

~ Shaklee always safe, always work, always green ~

Khamis, 2 November 2017

5 Cara Cantikkan Kulit Secara Semulajadi Yang KKM Benarkan

Assalamualaikum,

Setiap orang terutamanya perempuan sangat pentingkan kecantikkan kulit wajah. Jadi hari ini Nisa nak kongsikan cara cantikkan kulit secara semulajadi menggunakan bahan-bahan semulajadi. Bahan-bahannya pula senang di dapati dari dapur kita.




1. Tomato

Mudah sahaja, tomato dicuci bersih dan dipotong agak-agak dalam ketebalan 1 cm, kemudian tabur sedikit gula di atas tomato yang dihiris tadi. Selepas itu gosokkan pada kulit wajah, gosok secara lembut. Ia berfungsi sebagai scrub untuk membuang sel kulit mati di samping mencerah dan melembapkan kulit. Tomato kaya dengan vitamin C dan juga tinggi antioksidannya. Sebab itu ia selalu digunakan dalam produk kecantikkan wajah.
2. Timun

Timun sejenis sayuran yang sejuk dan nyaman. Jika mata anda terlalu letih, hiris nipis timun yang sejuk kemudian letakkan hirisan timun tadi di mata. Biar kan beberapa minit. Selepas itu anda pasti merasakan kesegarannya.

Selain itu, timun juga boleh membantu merawat kulit yang terbakar sinaran matahari (sun burn). Sifatnya yang sejuk dan melembapkan kulit dapat memberi kesegaran dan merawat kulit yang sun burn tadi. Caranya mudah, cuma perlu kisar/sagat timun yang sudah dibersihkan. Kemudian sapu/pupurkan timun tadi ke atas muka. Biarkan untuk beberapa minit (15-20 minit) dan cuci bersih.


3. Kunyit

Haa...ini bukan "geng Kunyit" tau. Selalu guna kunyit untuk masak ayam/ikan goreng je kan. Sebenarnya kunyit juga sangat bagus untuk kulit. Kunyit sangat bagus merawat jerawat kerana ia bersifat anti-septik dan juga anti-bacteria. Anda boleh gunakan serbuk kunyit atau kunyit hidup, campurkan dengan tepung beras atau bedak sejuk dan sedikit air. boleh juga ditambah putih telur dan madu untuk kesan yang lebih best. sapukan adunan tadi ke seluruh muka atau kawasan yang berjerawat. biarkan sehingga kering (15-20 minit) dan cuci bersih. Selain untuk jerwat, ia juga boleh mencerahkan kulit wajah.

4. Kentang

Selain sedap dimakan, kentang juga boleh dibuat sebagai masker muka. Bayak manfaat kentang untuk muka sebenarnya. Masker Kentang dipercayai boleh mencerahkan kulit,  menegangkan wajah, menghilangkan bekas jerawat dan melembapkan kulit muka.

Korang mesti ada kentang di dapurkan, jom kita buat masker. Pertama kupas dan bersihkan kentang, kemudia kisar kentang dan boleh juga campur sedikit madu . Selepas itu boleh la sapu kentang yang dikisar tadi ke muka. biarkan seketika(15-20 minit) lalu cuci bersih. amalkan 2-3 kali seminggu untuk kesan yang optimum.

5. Kopi

Ahhh...sedap nya kalau dapat minum kopi, terasa segar sangat. Kalau anda nak tau, kopi juga boleh digunakan untuk Jadi scrub bagi membuang sel-sel kulit mati. Mudah sahaja, ambil serbuk kopi (jangan guna yang 3 in 1 pula ) campurkan dengan sedikit minyak zaitun. kemudian scrub muka anda dengan perlahan-lahan. Selain menanggalkan sel kulit mati, ia juga melembutkan dan melembapkan kulit. Barulah kulit nampak lebih cantik dan sihat.

Jadi kalau nak dapat kulit cantik kena rajin-rajin tau. Semoga artikel di atas memberi manfaat buat anda semua. Selamat mencuba :)



Khairunisa Zakaria (Nisa)
013-225 1756
Pengedar Shaklee Nilai
Pengedar Shaklee Subang

~ Shaklee Always Safe, Always Work, Always Green ~

Rabu, 1 November 2017

Testimoni Vitamin C Shaklee Untuk Kulit l Pengakuan Sebenar

Assalamualaikum,

Post sebelum ni Nisa cerita kisah artis Malaysia dengan vitamin C Shaklee, hari ni Nisa nak kongsikan pengakuan sebenar daripada pengguna setia Vitamin C Shaklee.

Jom layan....

Testimoni 1
"Before amik Vitamin C kulit tangan jadi panas, kering dan mengelupas lepas basuh baju or pinggan. Effectnya kulit jadi nipis dan bila bergesel dengan dinding boleh bersarah. Sekarang basuh baju berbaldi-baldi or basuh pinggan berkarung-karung tak de masalah lagi.

~ Nurul Husna ~

Testimoni 2
 "Nak buat testimoni gak..2 hari lepas tumbuh jerawat besar kat dagu..huhu..tapi hari ni baru perasan dia dah surut dan tak de tinggal parut macam biasa, pegang kulit pun rasa best je..baru konsisten makan Vitamin C SR ( Sustained Release ) taksampai 10 hari "

~ Afzani ~


Testimoni 3
" Saya pun amik Vitamin C. Muka saya jerawat selalu tumbuh kat area dahi dan pipi. Bila makan konsisten dalam 2 hari je, Esok tu jerawat semua hilang dan kecut. Best gilerr "

~ Farzana Roshaidi ~



Alhamdulillah, seronok dengar Shaklee Effect mereka dengan vitamin C Shaklee...Haa...kalau nak tau banyak lagi sebenarnya testimoni pengguna setia Vitamin C Shaklee ni tau...lain kali nisa share lagi..

Anda nak rasa Shaklee effect seperti mereka,Nisa boleh bantu anda. jangan malu-malu nak hubungi Nisa tau..

Khairunisa Zakaria
013.225.1756

~ Shaklee always safe, always work, always green ~

Selasa, 31 Oktober 2017

Vitamin C Shaklee Untuk Kulit Secantik Wani Hasrita

Assalamualaikum semua,

Semua orang mesti rasa teruja tengok muka artis yang sangat cantik dan kulit flawless. Apa agaknya rahsia mereka...Jom kita kupas.

Kalau anda nak tau, ada artis-artis Malaysia yang kulit cantik sangat sebab amalkan Vitamin C Shaklee....haa...tak percaya ke...meh tengok gambar kat bawah ni.



Ramai rupanya artis-artis kita yang amalkan Vitamin C Shaklee untuk cantikkan kulit mereka. Selain dapat kulit cantik, insyaAllah sistem imun badan pun akan menjadi lebih kuat.Jadi tak mudah jatuh sakit, kalau sakit pun insyaAllah akan pulih cepat.

Nisa nak kongsikan kepada anda khasiat Vitamin C Shaklee. Fungsi utama Vitamin C ialah antioksida yang baik, antioksida memang kawan baik untuk kulit cantik. Selain itu Vitamin C sangat penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan seluruh badan kita lah.

Apa keistimewaan Vitamin C Shaklee ni?

Kalau anda nak tau, Vitamin C Shaklee ni daripada ekstrak jagung dan ia sangat sesuai untuk orang yang ada masalah perut sensitif. Jadi orang yang ada gastrik, tak de masalah untuk ambil Vitamin C Shaklee.

Selain itu, Vitamin C Shaklee mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa 5 jam, sebab itu nama Vitamin C Shaklee "Sustained Release Vita-C Plus". Ia dapat mengurangkan pembaziran sebab badan kita hanya dapat serap beberapa mg Vitamin C dalam satu-satu masa.

Vitamin C Shaklee juga diperkaya dengan 120mg bioflavonoid sitrus. Haa...ini sangat penting, sebabnya ia mampu tingkatkan lagi kadar penyerapan dan kebersanan Vitamin C ke dalam tubuh badan kita.

Anda pun nak dapatkan kulit secantik artis-artis di atas,  boleh sangat-sangat. Hubungi Nisa tau..Nisa akan bagi the best consultation ever..

Khairunisa Zakaria
013.225.1756

~ Shaklee always safe, always work, always green ~


Isnin, 30 Oktober 2017

Kenali Pengsas Vitamin Pertama Di Dunia l Dr. Forrest C. Shaklee

Assalamualaikum.

Hari-hari duk telan Vitamin Shaklee, tapi korang tau tak siapa pengasas vitamin pertama di dunia ni.
Kalau nak tau, Dr. Forrest C. Shaklee lah  orangnya dan supplement Shaklee diambil sempena nama beliau.

Hari ini Nisa nak ceritakan sejarah bagaimana Dr. Forrest C. Shaklee ini boleh terjebak dalam bidang nutrisi dan bagaimana beliau boleh mengasilkan Vitalized Mineral, multivitamin pertama di dunia.



November 1894, Dr. Forrest dilahirkan. Biasanyaa bayi akan menangis selepas keluar dari perut ibu mereka, tapi tidak bagi beliau. Beliau tak menangis dan kelihatan pucat kebiru-biruan. Doktor dan bidan pun rasa pelik, rupa-rupanya Dr. Forrest ni mengihap penyakit TB atau nama panjangnya Tuberkulosis atau batuk kering orang kita cakap.

Disebabkan penyakit TB ini, doktor rasa beliau cuma boleh hidup 8 tahun je. Ibu bapa mana yang tak sedih bila dapat tau yang anaknya hidup tak lama. Tapi ibu Dr. Forrest tak give up. Dia yakin anaknya boleh hidup lebih lama lagi. Dia berusaha dari perubatan tradisional , pengambilan herba-herba dan buat minyak urut untuk Dr. Forrest.

Tidak lama kemudian, mereka berpindah dari kawasan lombong ke kawasan perkampungan. Kat kampungkan lebih fresh, jauh dari hiruk piruk bandar, jauh dari pencemaran.

Walaupun begitu keadaan Dr. Forrest masih tak berubah, tapi ibu beliau tidak pernah putus asa buat yang terbaik untuk anaknya. Tiba-tiba, ketika usia Dr. Forrest 4 tahun, beliau boleh bangun. Beliau semakin sihat dan menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak dan meningkat remaja dan dewasa.

Disebabkan pernah mengalami TB dan hampir tiada harapan untuk hidup, membuatkan Dr. Forrest mengkaji bagaimana untuk hidup lebih sihat. Beliau mengkaji hubungan antara badan manusia dan tentang nutrisi , cara gaya hidup dan pemakanan.

Kemudian beliau belajar ilmu chiropractic. Ilmu tentang sejenis rawatan alternatif. Sebab beliau yakin kebanyakan penyakit berpunca daripada masalah kekurangan nutrisi.

ketika usia Dr. Forrest 21 tahun, beliau telah menghasilkan produk nutrisi yang berasaskan tumbuhan. Pada tahun 1915, beliau mengahsikan pula Vitalized minerals, multivitamin pertama di dunia. Kini lebih dikenali sebagai Vita-Lea.

Kemudian Dr. Forrest ingin membantu lebih ramai orang di kawasan pendalaman, maka beliau telah bekerjasama dengan adik-beradik Wright dan menjadi flying doctor.

Beliau sangat aktif dan mendedahkan dirinya kepada radiasi X-ray. Akibat daripada kesan itu, beliau disahkan mengihdap kanser pada tahun 1921. Oleh kerana itu, beliau berpindah ke kawasan ladang dan fokus pada penyembuhan diri sendiri.

Dengan amalkan pemakanan herba, Up dose Supplement dan juga makan banyak buah-buahan, kesihatan Dr. Forrest ade peningkatan pada tahun 1922.

Dan pada 1924, beliau sihat sepenuhnya. Semua hanya dengan amalkan gaya hidup sihat dan dengan kekayaan alam semulajadi.

"Kembali kepada alam semulajadi, dan anda takkan pernah silap"

Kemudian beliau buka klinik dan menjadi "first drugless clinic". Setelah 5 tahun beroperasi, klinik Dr. Forrest terbakar.  Tapi beliau tidak terhenti disitu. Kemudian beliau berpindah ke California, dan buat research and study tentang nutrisi.

1 April 1956, Dr. Forrest C. Shaklee telah menubuhkan syarikat Shaklee Corporation dan merupakan syarikat jualan langsung yang pertama di dunia. Maksudnya, pengguna yang nak beli produk Shaklee kena dengan penerangan dari pengedar. bak kata Dr. Forrest

"We'll teach some, and they'll teach others"

Walaupun Dr. Forrest sudah tiada, sehingga kini Shaklee masih meneruskan usaha murni beliau dalam menghasilan produk kesihatan semulajadi.

~ Shaklee always safe, always work, always green ~
Salam sayang,
khairunisa zakaria





Khamis, 24 Ogos 2017

Petanda, risiko dan rawatan untuk cyst semasa mengandung

Ovari sangat penting bagi seseorang yang bergelar wanita, ia merupakan organ yang yang mengahsilkan telur setiap bulan bermula dari akil baligh sehingga menopause. Ia juga mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron.

Namun kadang kala, sistem ovari terganggu dan menyebabkan ia hilang keseimbangan dan ia menjadi punca penyakit seperti ovarian cyst.

ovarian cyst ialah kantung berisi cecair sama ada air, cecair bercampur protein, darah beku, darah haid, lemak dan minyak juga lendir yang terbentuk dalam ovari. kadang kala ia juga disertai oleh ketulan daging yang mungkin juga sel kanser, rambut, cartilage, tulang dan lain-lain lagi.

Antara jenis-jenis Ovarian Cyst ialah :

  • Folicullar Cyst
    • Mengandungi air, bermula dari karung telur yang tidak pecah semasawaktu subur (ovulation). Ia boleh membesar shingga melebihi 5 cm. Kebiasaannya ia akan pecah dan tidak berbahaya.

  • Corpus Luteal Cyst 
    • Bermula dari bekas kantung telur yang sudah pecah dan kehamilan berlaku. Corpus Luteal berfungsi untuk menguatkan kehamilan di peringkat awal sebelum uri mengambil peranan tersebut. ia boleh membesar sehingga 8cm. Ia nya juga boleh pecah dengan sendiri seperti folicullar cyst dan tidak berbahaya.

  • Hemorrhagic Cyst
    • Cyst ini mengandungi darah, ia boleh bermula daripa Folicullar cyst atau Corpus Cyst. Pendarah berlaku di dalam cyst, jika ia pecah ia memberi kesan sakit kepada penghidapnya dan perlu melakukan pembedahan kecemasan.

  • Ruptured Ovarian Cyst
    • Menyebabkan kesakitan dan perlu menjalani pembedahan kecemasan.

  • Endometriotic Cyst
    • Mengandungi darah kotor dan boleh merosakkan ovari, saluran fallopio dan rahim. Ia nya perlu dibedah.

  • Dermoid Cyst
    • Mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage, gigi dan tulang. Perlu dibedah.

Tanda-tanda Ovarian Cyst

Cyst yang membesar boleh menyebabkan ketidak keselesaan pada perut. Ia menekan pundi kencing dan mungkin rasa kerap ingin kencing. ia mungkin tanda-tanda awal anda menghidap Cyst.

Selain itu,
  • Sakit pelvis disertai oleh sakit belakang dan peha.
  • Sakit pada perut beberapa hari sebelum haid (period).
  • Sakit pelvis semasa hubungan seks.
  • Sakit semasa membuang air besar.
  • Rasa ada tekanan atau rasa berat pada perut.
  • Perut menjadi buncit dan seluar menjadi ketat.
  • Kerap bunag air kencing dan rasa tidak lawas.
  • Loya, muntah atau sakit payudara.

jika ada simptom-simptom di atas, bersegeralah berjumpa doktor. Agar rawatan lanjut dapat dilakukan.

Rawatan untuk Ovarian Cyst

Doktor akan memantau tahap pembesaran Cyst, jika ia menjadi terlalu besar. Pembedahan perlu dilakukan. Rawatan hormon juga diberikan untuk menyeimbangkan hormon dalam badan.

Ada juga rawatan alternatif yang boleh dilakukan oleh pesakit. Antaranya ialah mengamalkan pemakanan yang sihat, mengambil makanan yang tinggi oksidan untuk mengahalang radikal bebas dalam badan.

-nisa-

Rabu, 23 Ogos 2017

Ovarian Cyst Ketika Mengandung

Boleh dikatakan Ovarian Cyst jarang-jarang berlaku. Ia mungkin terjadi 1 dalam 1000 wanita yang mengandung.

Biasanya, Ovarian Cyst ini dikesan ketika membuat ultra sound untuk melihat perkembangan janin.  Oleh kerana Ovari sangat hampir dengan rahim.

Bahayakah Cyst kepada ibu mengandung?

Ianya bergantung kepada jenis dan saiz ovarian tersebut. Cyst selalunya tidak menjadi bahaya jika bersaiz kecil dan jika doktor mengesyaki ovarian cyst itu sejenis kanser maka harus dilakukan pembedahan. Doktor akan memantau saiz Ovarian Cyst supaya dalam keadaan terkawal.

Jika Cyst menjadi terlalu besar, kemungkinan pesakit perlu melakukan pembedahan. Pembedahan ini pula harus dilakukan ketika kehamilan memasuki trimester kedua (selepas 16-20 minggu ). Kebiasaannya, Cyst akan dikeluarkan semasa ibu bersalin secara pembedahan , ceaserian.

Ovarian Cyst membesar dan tidak dibedah ia meningkatkan risiko Ovarian Cyst yang besar akan pecah, berdarah atau berpintal. Pembedahan kecemasan harus dilakukan.Risiko Ovari dibuang juga tinggi. selain itu, ia juga mengundang risiko komplikasi seperti reaksi alahan terhadap ubat bius, pendarahan yang banyak dan kecederaan organ-organ berhampiran seperti pundi kencing, usus dan salur darah. Pesakit juga mengadapi risiko yang tinggi terhadap jangkitan kuman selepas pembedahan emergecy berbanding pembedahan terancang.

Jika anda mengalami masalah ini, disarankan berjumpa doktor dan minta pandangan mereka.







Sabtu, 19 Ogos 2017

Amalan Ibu Mengandung

Assalamualaikum,
Tahniah diucapkan buat nbakal-bakal ibu sekalian. Sebagai Ibu Bapa memang kita nak beri yang terbaik buat anak-anak kita. Jadi seeloknya berikan terbaik buat anak sejak dalam kandungan lagi.

Jadi Nisa nak share beberapa amalan ibu yang elok amalkan semasa mengandung. Antara amalan itu ialah ibu mengandung memperbanyakan membaca Al-Quran. Kerana dengan amalan tersebut dapat memberi ketenangan pada jiwa dan memberi kesan yang positif kepada bayi di dalam kandungan.

Antara surah-surah pilihan yang baik untuk diamalkan oleh ibu-ibu mengandung ialah:

  • Surah Yusof
    • Untuk memohon anak yang cantik rupa dan akhlaknya.

  • Surah Luqman
    • Untuk memohon anak yang bijak.

  • Surah Maryam
    • Untuk memohon dipermudahkan bersalin.

  • Surah Yasin
    • Untuk memohon anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat.

  • Surah Al Hujurat
    • Untuk memperbanyakkan susu

Jadi buat ibu-ibu mengandung selamat beramal. SemogaIbu dan bayi berada dalam keadaan sihat, selamat dan dibawah lindunganNya. Selain itu ibu-ibu jangan lupa amalkan gaya pemakanan yang sihat juga. Elakkan membuat kerja-kerja berat.Oh ya, Vitamin pun penting juga untuk perkembangan bayi yang sihat. InsyaAllah.


Nisa,
sid
013-2251756


Rabu, 16 Ogos 2017

Pengalaman Puan Aya naikkan Hb

Bye Bye Anemia

Testimoni saya sendiri hampir 2 tahun lepas. Untuk pengetahuan, setiap kali pregnant saya memang mengalami Anemia. Yang ni kisah pregnant anak yang ke 3.

kisahnya begini..

Ketika buka buku klinik pada minggu ke 17 kehamilan, bacaan Hb saya cuma 8.7 sahaja. Rendah kan? Kemudian saya diberikan obimin Plus pada  mulanya (tapi loya yang amat setiap kali makan) dan ditukar kepada Iberet.

Sejak itu bacaan Hb saya turun naik macam saham dan yang penting TIDAK PERNAH mencapai bacaan normal.

Sehingga ke minggu 34 kehamilan, bacaan Hb masih belum normal. Nurse sudah berbuih mulut membebel dan saya sudah bernanah telinga mendengar bebelan nurse KKIA. Akhirnya barulah saya terbuka hati mencuba Shaklee setelah diberi amaran akan disuntik iron jika bacaan belum normal sebelum tarikh bersalin dan juga setelah diracun oleh kakak untuk try Shaklee serta membaca testimonial, saya pun ORDER Set Mengandung Shaklee dan ESP, dan mula mengambilnya tanpa skip.

2 minggu kemudia, masa ke klinik tiba, saya TERKEJUT dan KAGUM sekejap kerana dalam masa 2 minggu SAHAJA bacaan Hb saya naik ke 11. Yessss, bacaan NORMAL buat pertama kalinya sepanjang pregnant kali ini. Siapa yang tidak happy kan, Nurse pun happy.

Anda boleh lihat sendiri (dalam gambar) bagaimana bacaan Hb saya naik pada setiap minggu bermula pada minggu 36 - 37 - 38 - 40 minggu (time ni dah admit)



Dan .. kerana ANEMIA inilah saya percaya dengan produk Shaklee dan sehingga kini berkongsi kepada anda tentang berapa superbnya produk kesihatan No 1 di US ini... Patut pun orang US amalkan Shaklee dalam tempoh yang lama tanpa kesan sampingan..10 tahun..20 tahun..ada yang 40 tahun (saya tanya sendiri sewaktu ke US tempoh hari)

Inilah kisah #ShakleeEffect saya

Sekarang saya sedang pregnant anak ke 4 (21 minggu) dan setakat ini tiada masalah Hb.

Begitulah kisah Puan Aya yang mengalami masalah Anemia dan akhirnya berjaya atasi dengan Shaklee, set mengadung premium shaklee.kisah anda bagaimana..?
Jika anda mengalami masalah sama seperti Puan Aya, saya boleh bantu anda.

nisa,
sid
013-2251756


Selasa, 15 Ogos 2017

Pengalaman Puan Azlinda Naikkan Hb ketika mengandung

Hb meningkat dari bulan ke bulan. Apa yang boleh saya cakap "ianya hanya kemanisan dalam kehamilan" kata Puan Azlinda.

Kisah check up pregnancy semalam.

Berat maintain dah 0.5kg - 1kg setiap bulan (ada sekali saja naik mendadak 5kg semasa bulan kedua)
Hb maintain pen biru lagi!!yeay ;) pecah record tak de pen merah kali ini.

Paling best, nurse dah lupa untuk appointment minum air gula. sebab segala-galanya dah okay.

Masa awal-awal pregnant anak pertama dulu tak nak makan supplement lain. Makan apa yang doktor bagi sahaja. sebab?? macam-macam cerita la dengar..tu tak bagus..ini tak bagus.

Sudahnya ?? Diri sendiri yang terseksa ke hospital..klinik..hospital..klinik. Kali ini, dari awal consume Shaklee.

Alhamdulillah.. berkat doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal. Mohon agar semuanya berjalandengan lancar.
Semoga perjalanan kehamilan kali ini dipermudahkan ..ameen..ameen..ameen.

Begitulah keseronokkan pengalam Puan Azlinda berjaya kekalkan Hb yang cantik ketika mengandung dengan Shaklee. Buat pengetahuan semua, Puan Azlinda memang amalkan set mengandung Shaklee.
Memang tak akan menyesal dengan Shaklee. Kalau anda ada apa-apa soalan berkenaan Shaklee boleh hubungi Nisa.

nisa,
sid
013-2251756

Isnin, 14 Ogos 2017

Senaman ibu mengandung dan anemia





Walaupun mengandung, bersenam mestilah perlu untuk memastikan badan sentiasa cergas. Bila kita bersenam aliran darah akan bertambah baik dan oksigen dapat diangkut keseluruh badan dengan sempurna. Hari ini Nisa nak kongsi beberapa senaman yang sesuai buat ibu mengandung.

Berjalan
Ini adalah senaman paling mudah dilakukan. Ambil masa 20 hingga 30 minit berjalan di taman sambil-sambil dapat menhirup udara segar dan menikmati pemandangan yang indah. Stress pun hilang dan badan jadi swmakin sihat.

Berjoging
Tidak perlu terlalu laju, cukup sekadar berjoging tapi perlahan. Ini unyuk elakkan tekanan atau jentakan yang membahayakan kandungan. Ambil masa 20 hingga 30 minit , 3 kali seminggu sudah memadai. Bila kita berjoging, jantung kita akan lebih mengepam darah kesuluruh badan. Jadi oksigen dapat diangkut keseluruh badan. Badan akan jadi lebih segar.

Menari
Ya, menari. Tidak perlu tarian yang terlalu lincah. Cuma pasang lagu berima lembut dan ajak pasangan anda menari bersama. Selain dapat membakar lemak, oa juga pasti menghiburkan. Hubungan suami isteri juga pasti akan lebih manis.Cubalah.

Berenang
Ini adalah senamam yang paling baik, hal ini kerana semua anggota badan akan digerakkan ketika berenang, tidak perlu laju. Dan berenang kurang tekanan pada anggota tubuh badan. Jadi ia amat selamat buat ibu mengandung.

Nisa,
Sid
013-2251756

Khamis, 10 Ogos 2017

Pengalaman Saya Makan Set Mengandung Shaklee

Pertama kali nisa makan set mengandung Shaklee semasa mengandungkan anak yang ke-2. Alhamdulillah terasa serasi dengan supplement Shaklee.

Teringat semasa mengandung anak sulung, nisa mengalami sembelit yang agak teruk, walaupun dah makan buah-buahan,sayur-sayuran dan minum banyak air, tapi masih tidak selesai. Semasa mengandung anak ke 2, sembelit tiada lagi. Ostematrix bukan sahaja membekalkan kalsium buat ibu dan bayi, malahan membantu mengatasi masalah sembelit nisa ketika mengandung. 

Biasalah masa mengandung mesti ada habit tertentukan, nisa suka sangat minum milo dan kopi. Tak elok sangat sebenarnya. Ye, akibat habit ini, Hb nisa tak berapa cantik, bawah 11. Jadi solusinya, nisa amalkan VitaLea dan diambil bersama Vitamin C dan juga B complex untuk naikkan Hb , disamping kurangkan pengambilan minuman bercoklat dan berkafein.

Dari segi tenaga, alhamdulillah. Setiap hari nisa terpaksa bangun seawal 5pagi bersiap-siap untuk pergi kerja. Subang ke Klia, Klia ke Subang.. memang agak letih tapi masih ada tenaga sepanjang hari. Bulan puasa pun dapat puasa penuh. ESP lah paling banyak memberi tenaga segera kepada tubuh. Kata orang, minum soya nanti baby gebu gebas. Memang anak no 2 nisa ni gebu, dan berkulit cerah. 

Memang raza berbeza mengandung dengan Shaklee,rasa lebih sihat dan lebih mudah. Kalau anda nak cuba set mengandung shaklee boleh la hubungi nisa. 

Nisa,
013-2251756

Selasa, 8 Ogos 2017

Vitamin bantu naikkan Hb ibu mengandung

Memang menjadi rutin ibu mengandung check up kena check Hb darah. Ini adalah untuk memastikan Hb darah ibu di tahap yang baik. Bagi sesetengah ibu mengandung, selalu hadapi masalah Hb rendah, walau pun dah telan ubat/vitamin yang doktor beri. Tapi jangan risau, Shaklee ada set Supplement premium untuk atasi masalah Hb rendah bagi ibu mengandung.








Shaklee Healthy Prenatal Set / Set Ibu Mengandung Premium Shaklee

Dalam set vitamin mengandung Shaklee ada, ESp, Vita Lea, B complex, Vitamin C, Ostematrix dan juga Omega Guard. 

Antara kebaikan set ini ialah: 


  • Ia membekalkan asid folik buat bayi untuk elakkan kecacatan spina bifida dan juga untuk naikkan Hb darah.
  • Vita lea dan juga Ostematrix mengandungi iron (zat besi) yang elok naikkan Hb ibu mengandung. VitaLea sangat elok diambil bersama vitamin C untuk maksimumkan kadar penyerapan zat besi dalam badan.
  • ESP membekalkan protein untuk penghasilan darah yang baik dan sihat.
  • Vitamin semulajadi Shaklee amat mudah diserap kedalam tubuh dan ia selamat untuk ibu dan bayi didalam kandungan.
  • Memberikan tenaga berpanjangan kepada ibu mengandung.
  • Memelihara kesihatan ibu dan bayi dengan mengekalkan Hb yang cukup sehingga kelahiran bayi. 


Untuk dapatkan set ibu mengandung premium shaklee ni boleh hubungi nisa,

Nisa,
013- 2251756

COD untuk sekitar Subang, Shah Alam, Kota Damansara dan Klia, Sepang dan Nilai



Sabtu, 5 Ogos 2017

5 makanan naikkan Hb ibu hamil

Hb rendah atau kata lainnya anemia perlu diawasi oleh ibu mengandung. Hal ini kerana, ia amat berbaya kepada ibu dan juga ank yang dikandungkan. Jika hal ini berlaku, ibu mengandung boleh alami keguguran atau kelahiran pra matang.

Antara simptom-simptom yang dihadapi oleh penghidap anemia atau Hb rendah ialah seperti :

Cepat letih dan lemah, tidak bermaya dan kelihatan pucat
Degup jantung tidak stabil
Mudah sesak nafas

Jika ianya berlaku, ibu mengandung harualah dapatkan rawatan segera supaya ia tidak berlanjutan. Selain itu ibu memgandung juga harus jaga pemakanan harian agar mendapat gizi yang secukupnya.

Makanan menaikkan Hb ibu hamil

Seperti yang kita tahu, makanan yang semulajadi (real food) amat membantu untuk meningkatkan taraf kesihatan kita. Jadi nisa ingin kongsikan 5 makanan yang mampu membantu menaikkan Hb ibu hamil dengan selamat dan berkesan.




Kerang
Memang tidak asing lagi dengan masyarakat kita, kerang mampu menaikkan Hb darah. Pernah ketika mana Hb nisa rendah, nurse suruh makan kerang. Nak lebih sedap, buat kerabu kerang ala-ala thai, sedap sehingga menjilat jari. (Nanti nisa share resepi kerabu kerang ye)

Daging merah
Daging lembu, kerbau, rusa dan seangkatan dengannya. Daging merah mengandungi zat besi yang tinggi, jadi ianya amat baik untuk tingkatkan Hb. Zat besi dari sumber haiwan juga amat midah diserap oleh tubuh badan kita. Pastikan ibu mengandung ambil satu hidangan daging merah setiap hari, supaya Hb naik.

Bayam
Teringat lagu horlicks "zat besi dari 3 kilo bayam" , ini menunjukkan bayam juga bagus untuk naikkan Hb dalam darah. Jadi kena rajin makan sayur bayam lepas ini.

Brokoli
Selain mengandungi zat besi, brokoli juga mengandungi vitamin dan folat. Apa kata anda buat sayur campur dengan brokoli, sedap dan menyelerakan. Ia juga kaya antioksidan yang mampu melawan radikal bebas dalam badan.

Kekacang
Bagi sesetengah orang ada yang alah dengan kekacang, tapi bagi yang tiada alahan anda harus cuba amalkan kacang dalam diet harian. Ia sangat bagus untuk menaikkan Hb. Jadi kan kelacang sebagai snek harian.

Akhir kata, elakakan minuman/makanan yang berkafein seperti kopi dan lain-lain. Ia boleh mengganggu penyerapan zat besi ke dalam tubuh dan boleh akibatkan anemia. Jika teringin untuk minum kopi, pastikan 2-3 jam sebulum atau selepas makan.

Kebiasaan, doktor akan bekalkan supplement zat besi buat ibu hamil, cuba ambil pil zat besi bersama vitamin c atau jus buah-buahan bagi meningkatkan tahap penyerapan zat besi. Ianya sangat berkesan, nisa dah pernah cuba.

Nosa doakan , semoga ibu-ibu mengandung sekalian sihat dan selamat melahirkan bayi anda dengan mudah tanpa sebarang masalah.


Nisa,
Sid
013-2251756

Khamis, 3 Ogos 2017

Kenapa HB rendah ketika mengandung?

Anemia merupakan keadaan dimana berlakunya kekurangan hemoglobin di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila kita mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia ( kurang kandungan oksigen ) dan kurang tenaga, cepat letih.

Jika anemia berlaku kepada ibu mengandung, ia sangat berbahaya dan perlu dapatkan rawatan segera.


Antara punca-punca Hb rendah ketika mengandung ialah :
  • Kurang pengambilan zat besi dalam pemakanan
  • Pendarahan gastrointestinal
  • Kekurangan asid folik
  • Peningkatan dalam isipadu darah
  • Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  • Kehilangan darah dari pendarahan buasir
  • Penurunan kadar Hb normal


Cara untuk atasi masalah anemia semasa mengandung


  • Tambah darah dengan pil Hematinik ( biasa klinik kesihatan akan sediakan buat ibu mengandung)



Pil ini terdiri daripada , pil zat besi (ferrous fumarate)n pil asid folik, pil vitamin C dan juga pil B komplex ( B co )
Zat besi, asid folik dan B komplex ,Ia sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Manakala vitamin C pula membantu untuk meningkatkan penyerapan zat besi
Bagi sesetengah ibu mengandung akan mengalami kesan sampingan seperti sembelit, loya dan pening. Tapi ianya hanya bersifat sementara.


  • Tambah darah dengan makan makanan kaya zat besi


Sumber makanan kaya zat besi yang baik adalah terdiri daripada sumber haiwan seperti daging, hati ayam, limpa, keranag, ikan, sotong dan ikan bilis.
Sayur-sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kailan juga mengandungi zat besi.
Bagi mengatasi masalah anemia, ibu mengandung perlu makan sekuranf-kurangnya satu hidangan dari sumber haiwan yang kaya zat besi setiap hari.

Tingkatkan penyerapan zat besi dengan 2 cara


  • Lebihkan makan makanan yang mengandungi vitamin C kerana ia membantu meningkatkan penyerapan zat besi. 
  • Kurangkan atau elakkan mengambi makanan berkafein seperti milo, kopi, teh, air gas dan lain-lain lagi. Jika ingin minum, pastikan jarakkan 2-3 jam selepas makan atau selepas makan makanan tambahan (b komplex, zat besi dan asid folik)


Akhir kata, semoga info-info diatas bermanfaat buat kalian. Selamat menjalani tempoh mengandung yang bahagia.

Nisa,
Sid
013-2251756



Selasa, 1 Ogos 2017

Vitamin untuk Ibu Mengandung

Tahniah buat bakal ibu semua. Mesti terujakan nak dapat baby.

Jangan lupa ambil makanan yang sihat dan seimbang sepanjang mengandung. Ianya sangat penting untuk memastikan baby di dalam perut membesar dengan sihat. Ibu hamil sangat digalakkan mengambil makanan tambahan sepanjang kehamilan. Kalau di klinik kesihatan pasti doktor akan bekalkan Folic Acid, iron.

Shaklee juga ada menyediakan set untuk ibu hamil, ia sangat sesuai diambil sepanjang kehamilan, ketika berpantang dan menyusu untuk membekalkan nutrisi secukupnya buat ibu mengandung.

Vitamin untuk Ibu Mengandung

Setiap wanita pasti gembira bila mendapat perkhabaran bahawa dirinya hamil. Semestinya setiap mereka mahukan yang terbaik buat diri dan bayi yang dikandungkannya.

Ibu hamil memerlukan nutrisi yang lengkap bagi perkembangan bayi yang sihat. Di awal kehamilan, kebiasaan ibu mengandung akan hilang selera makan dan mual-mual. Jadi dengan pengambilan suplemen , insyaAllah ia akan melengkapkan keperluan nutrisi untuk ibu dan bayi yang dikandungnya. Dengan Set Prenatal Shaklee, ibu hamil tidak perlu risau. Kami akan memberikan yang terbaik buat anda.


Vitamin untuk ibu mengandung:
  • ESP 
    • Penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel hormon dan enzim di dalam tubuh 
    • Membekalkan tenaga
    • Kesihatan kulit, rambut dan otot

  • Vita Lea  
    • Membantu tumbesaran bayi dalam kandungan. Diformulasikan dengan zat besi 
    • Meningkatkan kecerdasan mental dan ketahanan dari jangkitan
    • Menolong fungsi normal penghadaman dan selera makan

  •  Vita C  
    • Membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat 
    • Anti-oksidan semulajadi
    • Mengekalkan intergriti sel

  • B Complex  
    • sangat penting untuk pembinaan tulang bayi dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin 
    • Metabolisme tenaga dan membina sel darah
    • Meningkatkan fungsi otak serta mengurangkan tekanan

  • Ostematrix  
    • Kalsium penting untuk ibu hamil, bayi dalam kandungan menyerap kalsium dari ibunya untuk pertumbuhan gigi dan pembentukkan tulang bayi. Jadi para ibu perlu mengambil kalsium secukupnya
    • Mengekalkan tekanan darah normal
    • Juga bertindak melawaskan, melembutkan najis (sesetengah ibu hamil akan mengalami sembelit sepanjang kehamilan mereka)
    • Menolong mengecutkan otot dan saraf (dapat mengurangkan kekejangan kaki)
  • Omega Guard  
    • DHA dan EPA dari Omega Guard bagus untuk perkembangan otak dan mata bayi dalam kandungan 
    • Mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah
    • Mengurangkan radang sendi
Alhamdulillah semasa mengandung kali kedua nisa berkesempatan amalkan vitamin shaklee. Setiasa bertenaga dan puasa pun dapat penuh masa tu. 
Kalau anda nak tanya atau order set mengandung shaklee boleh hubungi nisa ye.
Whatsapp/message : 013-2251756


Isnin, 2 Januari 2017

Tips kewangan bagi menghadapi tahun 2017

Assalamualaikum, hai semua. Selamat Tahun Baru 2017 Nisa ucapkan.

Seperti mana yang kita sedia maklum, harga minyak naik lagi bermula Januari 2017. Biasanya bila harga minyak naik, makanya harga barang-barang lain pun turut sama naik.

Kita sebagai rakyat marhaen ni tak de ape yang dapat kita buat nak bagi harga turun balik. Jadi kita kena usaha kawal perbelanjaan seharian kita dan pada masa yang sama cuba ikhtiar jana pendapatan tambahan.

Cara-cara mengurus kewangan :

1. Berbelanja kurang dari pendapatan. Maknanya beli yang keperluan sahaja, macam belanja dapur, pampers dan susu anak. Manakala kemahuan kita cuba tahan dulu contoh nak upgrade handphone selagi handphone lama masih berfungsi, pakai je lah.

2. Ubah gaya hidup. Jangan malu untuk dilihat miskin daripada malu untuk dilihat kaya. Allah pun suruh kita bersederhana kan. Tak perlu terlalu mengikut fasyen. Pakai apa yang selesa. Sebab dari pengalaman Nisa, konon nak ikut fasyen, endup tak pakai pun kasut atau baju yang dibeli tu sebab tak selesa. okay, Nisa menyesal...huhu

ni antara tabung NIsa ada, 1 untuk modal Shaklee, 1 lagi 52 weeks saving challage
3. Mulakan menabung duit hijau/oren. Jangan guna langsung duit hijau/oren, semua tu simpan je dalam tabung. Hujung tahun mesti korang happy tengok hasilnya. trust me. korang try lah. Atau boleh buat 52 WEEKS SAVING CHALLANGE, yang ni caranya simpan duit mengikut minggu. minggu pertama RM1, minggu kedua RM2, minggu ketiga RM3 dan seterusnya sampai minggu ke-52 RM52. Jumlah untuk 52 minggu ni adalah RM 1378, banyakkan...
ni pulak carta untuk 52 weeks saving challange

4. Buat pelaburan jangka masa panjang. Cari trusted agent yang buat Public Mutual ke, CWA ke...tak kisah la mana-mana pun yang korang pilih. Nisa pun baru berjinak-jinak buat pelaburan ni hehe, baru timbul kesedaran. 

5. Jangan lupa buat Takaful Insurance untuk keluarga. Kos perubatan sekarang memang mahal. Jadi sediakan payung sebelum hujan ye, sebab musibah ni kita tak tau bila nak datang.

6. Kurangkan hobi main games, main internet kat handphone tu. Lebih baik korang buat online business dengan handphone canggih tu. sekurang-kurangnya boleh tambah pendapatan. Nak buat online business boleh je hubungi Nisa ye.

7. Kawal dan didik nafsu bila bershopping. Kalau boleh elakkan aktiviti beriadah di Shopping Mall. Window shopping ni bahaya tau, dalam tak nak berbelanja tu, mesti ada sebungkus dua plastik yang dibawa balik.haha..ni pun berdasarkan pengalaman Nisa.

8. Diet dan jaga pemakanan. Jadi no more fast food ye, sekali sekala tak pe la. jangan selalu pulak. Bila kita diet dan jaga pemakanan, berat badan akan turun dan badan pun akan jadi sihat. Bila sihat tak perlu lah pergi klinik. 

9. Jangan berlumba-lumba tukar sofa , sport rim, barang kemas dengan jiran. Tak elok menunjuk-nunjuk ni. Allah pun tak suka tau.

10. Beli barang secara tunai dan elakkan berhutang. kad kredit kalau boleh jangan ada langsung. Percaya tak, Nisa tak de kad kredit ni..mula-mula sedih juga masa suami tak bagi ada kad kredit, tapi lama-lama rasa bersyukur sebab tak terjebak dalam hutang berhutang ni.

11. Cari side income dengan jalankan bisnes yang halal. Mulakan bisnes yang
  • tidak memerlukan modal yang banyak
  • tidak perlu bayar sewa premis dan utiliti. Mungkin bayar plan data handphone je.
  • tidak perlu simpan stok yang banyak
  • sistem yang adil dan tidak menindas 
  • boleh membantu ramai orang terutamanya yang sakit dan memerlukan penjagaan kesihatan.
Okay, itu saja untuk perkongsian untuk tips kewangan dari Nisa, kalau ada apa-apa yang menarik nanti Nisa kongsikan lagi ye.

Bagi yang berjinak-jinak nak buat bisnes boleh la hubungi Nisa, modal serendah RM79 dan Nisa akan guide sampai kita semua berjaya. InsyaAllah boleh jana income sehingga 5 angka dan lebih jika mahu..

Salam sayang <3
Khairunisa Zakaria
Your trusted SIDpro : 960671
Whatsapp/message : 013-2251756
 


COD area : Sekitar Subang Airport (Ara damansara, Bukit Subang, Subang Bestari), Shah Alam, Kota Damansara dan sewaktu dengannya.

Pengedar Shaklee Bandar Pinggiran Subang
Pengedar Shaklee Subang 2
~Shaklee Always Safe, Always Work, Always Green~