Seperti mana yang kita sedia maklum, harga minyak naik lagi bermula Januari 2017. Biasanya bila harga minyak naik, makanya harga barang-barang lain pun turut sama naik.
Kita sebagai rakyat marhaen ni tak de ape yang dapat kita buat nak bagi harga turun balik. Jadi kita kena usaha kawal perbelanjaan seharian kita dan pada masa yang sama cuba ikhtiar jana pendapatan tambahan.
Cara-cara mengurus kewangan :
1. Berbelanja kurang dari pendapatan. Maknanya beli yang keperluan sahaja, macam belanja dapur, pampers dan susu anak. Manakala kemahuan kita cuba tahan dulu contoh nak upgrade handphone selagi handphone lama masih berfungsi, pakai je lah.
2. Ubah gaya hidup. Jangan malu untuk dilihat miskin daripada malu untuk dilihat kaya. Allah pun suruh kita bersederhana kan. Tak perlu terlalu mengikut fasyen. Pakai apa yang selesa. Sebab dari pengalaman Nisa, konon nak ikut fasyen, endup tak pakai pun kasut atau baju yang dibeli tu sebab tak selesa. okay, Nisa menyesal...huhu
ni antara tabung NIsa ada, 1 untuk modal Shaklee, 1 lagi 52 weeks saving challage |
ni pulak carta untuk 52 weeks saving challange |
4. Buat pelaburan jangka masa panjang. Cari trusted agent yang buat Public Mutual ke, CWA ke...tak kisah la mana-mana pun yang korang pilih. Nisa pun baru berjinak-jinak buat pelaburan ni hehe, baru timbul kesedaran.
5. Jangan lupa buat Takaful Insurance untuk keluarga. Kos perubatan sekarang memang mahal. Jadi sediakan payung sebelum hujan ye, sebab musibah ni kita tak tau bila nak datang.
6. Kurangkan hobi main games, main internet kat handphone tu. Lebih baik korang buat online business dengan handphone canggih tu. sekurang-kurangnya boleh tambah pendapatan. Nak buat online business boleh je hubungi Nisa ye.
7. Kawal dan didik nafsu bila bershopping. Kalau boleh elakkan aktiviti beriadah di Shopping Mall. Window shopping ni bahaya tau, dalam tak nak berbelanja tu, mesti ada sebungkus dua plastik yang dibawa balik.haha..ni pun berdasarkan pengalaman Nisa.
8. Diet dan jaga pemakanan. Jadi no more fast food ye, sekali sekala tak pe la. jangan selalu pulak. Bila kita diet dan jaga pemakanan, berat badan akan turun dan badan pun akan jadi sihat. Bila sihat tak perlu lah pergi klinik.
9. Jangan berlumba-lumba tukar sofa , sport rim, barang kemas dengan jiran. Tak elok menunjuk-nunjuk ni. Allah pun tak suka tau.
10. Beli barang secara tunai dan elakkan berhutang. kad kredit kalau boleh jangan ada langsung. Percaya tak, Nisa tak de kad kredit ni..mula-mula sedih juga masa suami tak bagi ada kad kredit, tapi lama-lama rasa bersyukur sebab tak terjebak dalam hutang berhutang ni.
11. Cari side income dengan jalankan bisnes yang halal. Mulakan bisnes yang
- tidak memerlukan modal yang banyak
- tidak perlu bayar sewa premis dan utiliti. Mungkin bayar plan data handphone je.
- tidak perlu simpan stok yang banyak
- sistem yang adil dan tidak menindas
- boleh membantu ramai orang terutamanya yang sakit dan memerlukan penjagaan kesihatan.
Bagi yang berjinak-jinak nak buat bisnes boleh la hubungi Nisa, modal serendah RM79 dan Nisa akan guide sampai kita semua berjaya. InsyaAllah boleh jana income sehingga 5 angka dan lebih jika mahu..
Salam sayang <3
Khairunisa Zakaria
Your trusted SIDpro : 960671
Whatsapp/message : 013-2251756
COD area : Sekitar Subang Airport (Ara damansara, Bukit Subang, Subang Bestari), Shah Alam, Kota Damansara dan sewaktu dengannya.
Pengedar Shaklee Bandar Pinggiran Subang
Pengedar Shaklee Subang 2
~Shaklee Always Safe, Always Work, Always Green~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan