Jumaat, 3 November 2017

Testimoni Vitamin C Shaklee Buat Saya Jarang selesema

Assalamualaikum,

Hai semua. Sebelum ini Nisa ada kongsi Testimoni Vitamin C Shaklee dari orang lain. Kali ini Nisa nak kongsi pula Testimoni Vitamin C Shaklee dari diri Nisa sendiri.

Jom tengok video di bawah ini..



Pertama kali Nisa ambil Vitamin C Shaklee pada tahun 2012, iaitu selepas melahirkan anak yang pertama. Masa tu Nisa Czer, jadi Nisa beli set menyusu Shaklee dan Vitamin C ini adalam set tersebut. Kebetulan Vitamin C sangat penting untuk pulihkan luka bersalin. Selepas makan Vitamin C ni, ramai tegus kulit muka nisa macam cerah and glowing (orang cakap tau, nisa pun tak perasan).

Badan pun jadi makin sihat, jarang jatuh sakit. Kalau sakit pun, Alhamdulillah cepat pulih. Lebih-lebih lagi Nisa kerja shift ,kadang malam kadang siang dan kerja time cuaca tak menentu..hujan-hujan pun kerja, kadang-kadang tengah hari terik pun kena kerja. Jadi Vitamin C (lagi best bergabung dengan Nutriferon Shaklee ) sangat membantu Nisa untuk tingkatkan imun badan supaya tak mudah diserang penyakit.

Jerawat memang kawan setia, tapi sejak makan Vitamin C ni jerawat cepat surut dan kecut. Parut jerawat semakin pudar dan menghilang (nak hasil terbaik, makan dengan Vitamin E Shaklee...oh ESP juga).

Dulu kerap kena gusi berdarah, setiap kali gosok gigi mesti ada darah. Sejak amalkan Vitamin C Shaklee, memang dah tak de dah kes gusi berdarah.

Nisa memang sangat galakkan korang ambil Vitamin C Shaklee ni, sebab ia nya memang organik jadi lebih senang badan nak serap. Lagi satu ia Sustained Release. Badan kita mana boleh terima Vitamin C banyak-banyak dalam satu masa. Jadi Shaklee cipta sistem ini, vitamin C akan release sedikit demi sedikit untuk tempoh 5 jam. best kan...tak de lah terbazir vitamin C yang kita makan tadi.

Kalau korang nak beli Vitamin C Shaklee ni boleh hubungi Nisa tau, Nisa akan beri free consultation. Nak COD pun boleh, tapi sekitar Subang, Shah Alam , Nilai dan Sepang.


Khairunisa Zakaria (Nisa)
013-225 1756
Pengedar Shaklee Subang
Pengedar Shaklee Nilai

~ Shaklee always safe, always work, always green ~

Khamis, 2 November 2017

5 Cara Cantikkan Kulit Secara Semulajadi Yang KKM Benarkan

Assalamualaikum,

Setiap orang terutamanya perempuan sangat pentingkan kecantikkan kulit wajah. Jadi hari ini Nisa nak kongsikan cara cantikkan kulit secara semulajadi menggunakan bahan-bahan semulajadi. Bahan-bahannya pula senang di dapati dari dapur kita.




1. Tomato

Mudah sahaja, tomato dicuci bersih dan dipotong agak-agak dalam ketebalan 1 cm, kemudian tabur sedikit gula di atas tomato yang dihiris tadi. Selepas itu gosokkan pada kulit wajah, gosok secara lembut. Ia berfungsi sebagai scrub untuk membuang sel kulit mati di samping mencerah dan melembapkan kulit. Tomato kaya dengan vitamin C dan juga tinggi antioksidannya. Sebab itu ia selalu digunakan dalam produk kecantikkan wajah.
2. Timun

Timun sejenis sayuran yang sejuk dan nyaman. Jika mata anda terlalu letih, hiris nipis timun yang sejuk kemudian letakkan hirisan timun tadi di mata. Biar kan beberapa minit. Selepas itu anda pasti merasakan kesegarannya.

Selain itu, timun juga boleh membantu merawat kulit yang terbakar sinaran matahari (sun burn). Sifatnya yang sejuk dan melembapkan kulit dapat memberi kesegaran dan merawat kulit yang sun burn tadi. Caranya mudah, cuma perlu kisar/sagat timun yang sudah dibersihkan. Kemudian sapu/pupurkan timun tadi ke atas muka. Biarkan untuk beberapa minit (15-20 minit) dan cuci bersih.


3. Kunyit

Haa...ini bukan "geng Kunyit" tau. Selalu guna kunyit untuk masak ayam/ikan goreng je kan. Sebenarnya kunyit juga sangat bagus untuk kulit. Kunyit sangat bagus merawat jerawat kerana ia bersifat anti-septik dan juga anti-bacteria. Anda boleh gunakan serbuk kunyit atau kunyit hidup, campurkan dengan tepung beras atau bedak sejuk dan sedikit air. boleh juga ditambah putih telur dan madu untuk kesan yang lebih best. sapukan adunan tadi ke seluruh muka atau kawasan yang berjerawat. biarkan sehingga kering (15-20 minit) dan cuci bersih. Selain untuk jerwat, ia juga boleh mencerahkan kulit wajah.

4. Kentang

Selain sedap dimakan, kentang juga boleh dibuat sebagai masker muka. Bayak manfaat kentang untuk muka sebenarnya. Masker Kentang dipercayai boleh mencerahkan kulit,  menegangkan wajah, menghilangkan bekas jerawat dan melembapkan kulit muka.

Korang mesti ada kentang di dapurkan, jom kita buat masker. Pertama kupas dan bersihkan kentang, kemudia kisar kentang dan boleh juga campur sedikit madu . Selepas itu boleh la sapu kentang yang dikisar tadi ke muka. biarkan seketika(15-20 minit) lalu cuci bersih. amalkan 2-3 kali seminggu untuk kesan yang optimum.

5. Kopi

Ahhh...sedap nya kalau dapat minum kopi, terasa segar sangat. Kalau anda nak tau, kopi juga boleh digunakan untuk Jadi scrub bagi membuang sel-sel kulit mati. Mudah sahaja, ambil serbuk kopi (jangan guna yang 3 in 1 pula ) campurkan dengan sedikit minyak zaitun. kemudian scrub muka anda dengan perlahan-lahan. Selain menanggalkan sel kulit mati, ia juga melembutkan dan melembapkan kulit. Barulah kulit nampak lebih cantik dan sihat.

Jadi kalau nak dapat kulit cantik kena rajin-rajin tau. Semoga artikel di atas memberi manfaat buat anda semua. Selamat mencuba :)



Khairunisa Zakaria (Nisa)
013-225 1756
Pengedar Shaklee Nilai
Pengedar Shaklee Subang

~ Shaklee Always Safe, Always Work, Always Green ~

Rabu, 1 November 2017

Testimoni Vitamin C Shaklee Untuk Kulit l Pengakuan Sebenar

Assalamualaikum,

Post sebelum ni Nisa cerita kisah artis Malaysia dengan vitamin C Shaklee, hari ni Nisa nak kongsikan pengakuan sebenar daripada pengguna setia Vitamin C Shaklee.

Jom layan....

Testimoni 1
"Before amik Vitamin C kulit tangan jadi panas, kering dan mengelupas lepas basuh baju or pinggan. Effectnya kulit jadi nipis dan bila bergesel dengan dinding boleh bersarah. Sekarang basuh baju berbaldi-baldi or basuh pinggan berkarung-karung tak de masalah lagi.

~ Nurul Husna ~

Testimoni 2
 "Nak buat testimoni gak..2 hari lepas tumbuh jerawat besar kat dagu..huhu..tapi hari ni baru perasan dia dah surut dan tak de tinggal parut macam biasa, pegang kulit pun rasa best je..baru konsisten makan Vitamin C SR ( Sustained Release ) taksampai 10 hari "

~ Afzani ~


Testimoni 3
" Saya pun amik Vitamin C. Muka saya jerawat selalu tumbuh kat area dahi dan pipi. Bila makan konsisten dalam 2 hari je, Esok tu jerawat semua hilang dan kecut. Best gilerr "

~ Farzana Roshaidi ~



Alhamdulillah, seronok dengar Shaklee Effect mereka dengan vitamin C Shaklee...Haa...kalau nak tau banyak lagi sebenarnya testimoni pengguna setia Vitamin C Shaklee ni tau...lain kali nisa share lagi..

Anda nak rasa Shaklee effect seperti mereka,Nisa boleh bantu anda. jangan malu-malu nak hubungi Nisa tau..

Khairunisa Zakaria
013.225.1756

~ Shaklee always safe, always work, always green ~