Selasa, 31 Oktober 2017

Vitamin C Shaklee Untuk Kulit Secantik Wani Hasrita

Assalamualaikum semua,

Semua orang mesti rasa teruja tengok muka artis yang sangat cantik dan kulit flawless. Apa agaknya rahsia mereka...Jom kita kupas.

Kalau anda nak tau, ada artis-artis Malaysia yang kulit cantik sangat sebab amalkan Vitamin C Shaklee....haa...tak percaya ke...meh tengok gambar kat bawah ni.



Ramai rupanya artis-artis kita yang amalkan Vitamin C Shaklee untuk cantikkan kulit mereka. Selain dapat kulit cantik, insyaAllah sistem imun badan pun akan menjadi lebih kuat.Jadi tak mudah jatuh sakit, kalau sakit pun insyaAllah akan pulih cepat.

Nisa nak kongsikan kepada anda khasiat Vitamin C Shaklee. Fungsi utama Vitamin C ialah antioksida yang baik, antioksida memang kawan baik untuk kulit cantik. Selain itu Vitamin C sangat penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan seluruh badan kita lah.

Apa keistimewaan Vitamin C Shaklee ni?

Kalau anda nak tau, Vitamin C Shaklee ni daripada ekstrak jagung dan ia sangat sesuai untuk orang yang ada masalah perut sensitif. Jadi orang yang ada gastrik, tak de masalah untuk ambil Vitamin C Shaklee.

Selain itu, Vitamin C Shaklee mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa 5 jam, sebab itu nama Vitamin C Shaklee "Sustained Release Vita-C Plus". Ia dapat mengurangkan pembaziran sebab badan kita hanya dapat serap beberapa mg Vitamin C dalam satu-satu masa.

Vitamin C Shaklee juga diperkaya dengan 120mg bioflavonoid sitrus. Haa...ini sangat penting, sebabnya ia mampu tingkatkan lagi kadar penyerapan dan kebersanan Vitamin C ke dalam tubuh badan kita.

Anda pun nak dapatkan kulit secantik artis-artis di atas,  boleh sangat-sangat. Hubungi Nisa tau..Nisa akan bagi the best consultation ever..

Khairunisa Zakaria
013.225.1756

~ Shaklee always safe, always work, always green ~


Isnin, 30 Oktober 2017

Kenali Pengsas Vitamin Pertama Di Dunia l Dr. Forrest C. Shaklee

Assalamualaikum.

Hari-hari duk telan Vitamin Shaklee, tapi korang tau tak siapa pengasas vitamin pertama di dunia ni.
Kalau nak tau, Dr. Forrest C. Shaklee lah  orangnya dan supplement Shaklee diambil sempena nama beliau.

Hari ini Nisa nak ceritakan sejarah bagaimana Dr. Forrest C. Shaklee ini boleh terjebak dalam bidang nutrisi dan bagaimana beliau boleh mengasilkan Vitalized Mineral, multivitamin pertama di dunia.



November 1894, Dr. Forrest dilahirkan. Biasanyaa bayi akan menangis selepas keluar dari perut ibu mereka, tapi tidak bagi beliau. Beliau tak menangis dan kelihatan pucat kebiru-biruan. Doktor dan bidan pun rasa pelik, rupa-rupanya Dr. Forrest ni mengihap penyakit TB atau nama panjangnya Tuberkulosis atau batuk kering orang kita cakap.

Disebabkan penyakit TB ini, doktor rasa beliau cuma boleh hidup 8 tahun je. Ibu bapa mana yang tak sedih bila dapat tau yang anaknya hidup tak lama. Tapi ibu Dr. Forrest tak give up. Dia yakin anaknya boleh hidup lebih lama lagi. Dia berusaha dari perubatan tradisional , pengambilan herba-herba dan buat minyak urut untuk Dr. Forrest.

Tidak lama kemudian, mereka berpindah dari kawasan lombong ke kawasan perkampungan. Kat kampungkan lebih fresh, jauh dari hiruk piruk bandar, jauh dari pencemaran.

Walaupun begitu keadaan Dr. Forrest masih tak berubah, tapi ibu beliau tidak pernah putus asa buat yang terbaik untuk anaknya. Tiba-tiba, ketika usia Dr. Forrest 4 tahun, beliau boleh bangun. Beliau semakin sihat dan menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak dan meningkat remaja dan dewasa.

Disebabkan pernah mengalami TB dan hampir tiada harapan untuk hidup, membuatkan Dr. Forrest mengkaji bagaimana untuk hidup lebih sihat. Beliau mengkaji hubungan antara badan manusia dan tentang nutrisi , cara gaya hidup dan pemakanan.

Kemudian beliau belajar ilmu chiropractic. Ilmu tentang sejenis rawatan alternatif. Sebab beliau yakin kebanyakan penyakit berpunca daripada masalah kekurangan nutrisi.

ketika usia Dr. Forrest 21 tahun, beliau telah menghasilkan produk nutrisi yang berasaskan tumbuhan. Pada tahun 1915, beliau mengahsikan pula Vitalized minerals, multivitamin pertama di dunia. Kini lebih dikenali sebagai Vita-Lea.

Kemudian Dr. Forrest ingin membantu lebih ramai orang di kawasan pendalaman, maka beliau telah bekerjasama dengan adik-beradik Wright dan menjadi flying doctor.

Beliau sangat aktif dan mendedahkan dirinya kepada radiasi X-ray. Akibat daripada kesan itu, beliau disahkan mengihdap kanser pada tahun 1921. Oleh kerana itu, beliau berpindah ke kawasan ladang dan fokus pada penyembuhan diri sendiri.

Dengan amalkan pemakanan herba, Up dose Supplement dan juga makan banyak buah-buahan, kesihatan Dr. Forrest ade peningkatan pada tahun 1922.

Dan pada 1924, beliau sihat sepenuhnya. Semua hanya dengan amalkan gaya hidup sihat dan dengan kekayaan alam semulajadi.

"Kembali kepada alam semulajadi, dan anda takkan pernah silap"

Kemudian beliau buka klinik dan menjadi "first drugless clinic". Setelah 5 tahun beroperasi, klinik Dr. Forrest terbakar.  Tapi beliau tidak terhenti disitu. Kemudian beliau berpindah ke California, dan buat research and study tentang nutrisi.

1 April 1956, Dr. Forrest C. Shaklee telah menubuhkan syarikat Shaklee Corporation dan merupakan syarikat jualan langsung yang pertama di dunia. Maksudnya, pengguna yang nak beli produk Shaklee kena dengan penerangan dari pengedar. bak kata Dr. Forrest

"We'll teach some, and they'll teach others"

Walaupun Dr. Forrest sudah tiada, sehingga kini Shaklee masih meneruskan usaha murni beliau dalam menghasilan produk kesihatan semulajadi.

~ Shaklee always safe, always work, always green ~
Salam sayang,
khairunisa zakaria