Rabu, 9 November 2016

Bawang Putih turunkan Kolestrol dalam darah

Bawang putih atau nama saintifiknya Allium Sativum sangat sinonim dengan kita. Makanan kita akan menjadi lebih sedap jika ditumis bersama bawang putih. Kalau saya memang akan letak extra bawang putih, baru lah mantap.

Kalau korang nak tau, bawang putih ni teramat banyak kebaikannya untuk meningkatkan kesihatan tubuh kita. Tapi sayang ada sesetengah orang tidak gemar akan bawang putih ni kerana mereka menganggap punca badan berbau, terus langsung tak mau makan bawang putih. Jadi, saya nak kongsikan kebaikan bawang putih ni.

Bawang putih telah digunakan sejak zaman nenek moyang kita lagi. Mereka menggunakannya untuk tujuan merawat tekanan darah, tumor dan juga merawat mangsa patukan ular berbisa.

Kajian menunjukkan kandungan Allicin dalam bawang putih, memberikan aroma dan rasa bawang putih. Kalau korang tumis bawang putih garing-garing biasa akan terbit aroma yang sungguh sedapkan. Tapi sayang sangat, sebab bila aroma dah keluar, maksudnya kandungan Allicin tu akan berkurangan. Sebab itu, digalakkan makan bawang putih ni mentah-mentah. Agak-agak korang, mampu tak nak telan bawang putih mentah-mentah? Mesti tak sanggupkan. Tak pe, nanti saya kongsikan alternatif terbaik untuk dapatkan kebaikan Allicin yang terkandung dalam bawang putih ni.Allicin sangat baik untuk kesihatan, kaya dengan anti-oksida.

Kebiasaanya bawang putih digunakan untuk menurunkan paras kolestrol dalam darah, merawat sakit jantung dan tekanan darah tinggi. Ia juga digunakan dalam menghalang beberapa kanser, termasuklah kanser perut dan kenser kolon. Untuk mendapatkan kesan yang tebaik, bawang putih haruslah dimakan mentah. Tapi anda boleh cuba makan serbuk bawang putih atau pun yang didalam capsule dan juga tablet (Garlic Complex Shaklee kan ado..).

Bawang putih sangat selamat digunakan bagi golongan dewasa. Bagi golongan kanak-kanak dibolehkan tapi dengan kadar yang sedikit. Bawang putih memang bagus tapi ada juga kekurangannya, yang melibatkan penampilan. Kesan memakan bawang putih menyebabkan nafas berbau, badan berbau, pedih ulu hati dan juga ketidak selesaan perut. Itu mungkin berlaku jika mengambil bawang putih terlalu banyak.

AMARAN : Anda seharusnya tidak memakan bawang putih atau suplemen berkaitan ,jika anda ada mengambil ubat mencairkan darah (anti-cloting drug) kerana bawang putih berkemampuan untuk mengurangkan kemampuan darah membeku, jadi ia meningkatkan risiko pendarahan.


Salam sayang <3
Khairunisa Zakaria 
Your trusted SIDpro : 960671 
Whatsapp/message : 013-2251756 
Email : khairunisa1407@gmail.com 


COD area : Sekitar Subang Airport (Ara damansara, Bukit Subang, Subang Bestari), Shah Alam, Kota Damansara dan sewaktu dengannya.

Pengedar Shaklee Bandar Pinggiran Subang
Pengedar Shaklee Subang 2

~Shaklee Always Safe, Always Work, Always Green~