Memaparkan catatan dengan label Anemia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anemia. Papar semua catatan

Rabu, 16 Ogos 2017

Pengalaman Puan Aya naikkan Hb

Bye Bye Anemia

Testimoni saya sendiri hampir 2 tahun lepas. Untuk pengetahuan, setiap kali pregnant saya memang mengalami Anemia. Yang ni kisah pregnant anak yang ke 3.

kisahnya begini..

Ketika buka buku klinik pada minggu ke 17 kehamilan, bacaan Hb saya cuma 8.7 sahaja. Rendah kan? Kemudian saya diberikan obimin Plus pada  mulanya (tapi loya yang amat setiap kali makan) dan ditukar kepada Iberet.

Sejak itu bacaan Hb saya turun naik macam saham dan yang penting TIDAK PERNAH mencapai bacaan normal.

Sehingga ke minggu 34 kehamilan, bacaan Hb masih belum normal. Nurse sudah berbuih mulut membebel dan saya sudah bernanah telinga mendengar bebelan nurse KKIA. Akhirnya barulah saya terbuka hati mencuba Shaklee setelah diberi amaran akan disuntik iron jika bacaan belum normal sebelum tarikh bersalin dan juga setelah diracun oleh kakak untuk try Shaklee serta membaca testimonial, saya pun ORDER Set Mengandung Shaklee dan ESP, dan mula mengambilnya tanpa skip.

2 minggu kemudia, masa ke klinik tiba, saya TERKEJUT dan KAGUM sekejap kerana dalam masa 2 minggu SAHAJA bacaan Hb saya naik ke 11. Yessss, bacaan NORMAL buat pertama kalinya sepanjang pregnant kali ini. Siapa yang tidak happy kan, Nurse pun happy.

Anda boleh lihat sendiri (dalam gambar) bagaimana bacaan Hb saya naik pada setiap minggu bermula pada minggu 36 - 37 - 38 - 40 minggu (time ni dah admit)



Dan .. kerana ANEMIA inilah saya percaya dengan produk Shaklee dan sehingga kini berkongsi kepada anda tentang berapa superbnya produk kesihatan No 1 di US ini... Patut pun orang US amalkan Shaklee dalam tempoh yang lama tanpa kesan sampingan..10 tahun..20 tahun..ada yang 40 tahun (saya tanya sendiri sewaktu ke US tempoh hari)

Inilah kisah #ShakleeEffect saya

Sekarang saya sedang pregnant anak ke 4 (21 minggu) dan setakat ini tiada masalah Hb.

Begitulah kisah Puan Aya yang mengalami masalah Anemia dan akhirnya berjaya atasi dengan Shaklee, set mengadung premium shaklee.kisah anda bagaimana..?
Jika anda mengalami masalah sama seperti Puan Aya, saya boleh bantu anda.

nisa,
sid
013-2251756


Sabtu, 5 Ogos 2017

5 makanan naikkan Hb ibu hamil

Hb rendah atau kata lainnya anemia perlu diawasi oleh ibu mengandung. Hal ini kerana, ia amat berbaya kepada ibu dan juga ank yang dikandungkan. Jika hal ini berlaku, ibu mengandung boleh alami keguguran atau kelahiran pra matang.

Antara simptom-simptom yang dihadapi oleh penghidap anemia atau Hb rendah ialah seperti :

Cepat letih dan lemah, tidak bermaya dan kelihatan pucat
Degup jantung tidak stabil
Mudah sesak nafas

Jika ianya berlaku, ibu mengandung harualah dapatkan rawatan segera supaya ia tidak berlanjutan. Selain itu ibu memgandung juga harus jaga pemakanan harian agar mendapat gizi yang secukupnya.

Makanan menaikkan Hb ibu hamil

Seperti yang kita tahu, makanan yang semulajadi (real food) amat membantu untuk meningkatkan taraf kesihatan kita. Jadi nisa ingin kongsikan 5 makanan yang mampu membantu menaikkan Hb ibu hamil dengan selamat dan berkesan.




Kerang
Memang tidak asing lagi dengan masyarakat kita, kerang mampu menaikkan Hb darah. Pernah ketika mana Hb nisa rendah, nurse suruh makan kerang. Nak lebih sedap, buat kerabu kerang ala-ala thai, sedap sehingga menjilat jari. (Nanti nisa share resepi kerabu kerang ye)

Daging merah
Daging lembu, kerbau, rusa dan seangkatan dengannya. Daging merah mengandungi zat besi yang tinggi, jadi ianya amat baik untuk tingkatkan Hb. Zat besi dari sumber haiwan juga amat midah diserap oleh tubuh badan kita. Pastikan ibu mengandung ambil satu hidangan daging merah setiap hari, supaya Hb naik.

Bayam
Teringat lagu horlicks "zat besi dari 3 kilo bayam" , ini menunjukkan bayam juga bagus untuk naikkan Hb dalam darah. Jadi kena rajin makan sayur bayam lepas ini.

Brokoli
Selain mengandungi zat besi, brokoli juga mengandungi vitamin dan folat. Apa kata anda buat sayur campur dengan brokoli, sedap dan menyelerakan. Ia juga kaya antioksidan yang mampu melawan radikal bebas dalam badan.

Kekacang
Bagi sesetengah orang ada yang alah dengan kekacang, tapi bagi yang tiada alahan anda harus cuba amalkan kacang dalam diet harian. Ia sangat bagus untuk menaikkan Hb. Jadi kan kelacang sebagai snek harian.

Akhir kata, elakakan minuman/makanan yang berkafein seperti kopi dan lain-lain. Ia boleh mengganggu penyerapan zat besi ke dalam tubuh dan boleh akibatkan anemia. Jika teringin untuk minum kopi, pastikan 2-3 jam sebulum atau selepas makan.

Kebiasaan, doktor akan bekalkan supplement zat besi buat ibu hamil, cuba ambil pil zat besi bersama vitamin c atau jus buah-buahan bagi meningkatkan tahap penyerapan zat besi. Ianya sangat berkesan, nisa dah pernah cuba.

Nosa doakan , semoga ibu-ibu mengandung sekalian sihat dan selamat melahirkan bayi anda dengan mudah tanpa sebarang masalah.


Nisa,
Sid
013-2251756

Khamis, 3 Ogos 2017

Kenapa HB rendah ketika mengandung?

Anemia merupakan keadaan dimana berlakunya kekurangan hemoglobin di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila kita mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia ( kurang kandungan oksigen ) dan kurang tenaga, cepat letih.

Jika anemia berlaku kepada ibu mengandung, ia sangat berbahaya dan perlu dapatkan rawatan segera.


Antara punca-punca Hb rendah ketika mengandung ialah :
  • Kurang pengambilan zat besi dalam pemakanan
  • Pendarahan gastrointestinal
  • Kekurangan asid folik
  • Peningkatan dalam isipadu darah
  • Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  • Kehilangan darah dari pendarahan buasir
  • Penurunan kadar Hb normal


Cara untuk atasi masalah anemia semasa mengandung


  • Tambah darah dengan pil Hematinik ( biasa klinik kesihatan akan sediakan buat ibu mengandung)



Pil ini terdiri daripada , pil zat besi (ferrous fumarate)n pil asid folik, pil vitamin C dan juga pil B komplex ( B co )
Zat besi, asid folik dan B komplex ,Ia sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Manakala vitamin C pula membantu untuk meningkatkan penyerapan zat besi
Bagi sesetengah ibu mengandung akan mengalami kesan sampingan seperti sembelit, loya dan pening. Tapi ianya hanya bersifat sementara.


  • Tambah darah dengan makan makanan kaya zat besi


Sumber makanan kaya zat besi yang baik adalah terdiri daripada sumber haiwan seperti daging, hati ayam, limpa, keranag, ikan, sotong dan ikan bilis.
Sayur-sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kailan juga mengandungi zat besi.
Bagi mengatasi masalah anemia, ibu mengandung perlu makan sekuranf-kurangnya satu hidangan dari sumber haiwan yang kaya zat besi setiap hari.

Tingkatkan penyerapan zat besi dengan 2 cara


  • Lebihkan makan makanan yang mengandungi vitamin C kerana ia membantu meningkatkan penyerapan zat besi. 
  • Kurangkan atau elakkan mengambi makanan berkafein seperti milo, kopi, teh, air gas dan lain-lain lagi. Jika ingin minum, pastikan jarakkan 2-3 jam selepas makan atau selepas makan makanan tambahan (b komplex, zat besi dan asid folik)


Akhir kata, semoga info-info diatas bermanfaat buat kalian. Selamat menjalani tempoh mengandung yang bahagia.

Nisa,
Sid
013-2251756