Khamis, 3 Ogos 2017

Kenapa HB rendah ketika mengandung?

Anemia merupakan keadaan dimana berlakunya kekurangan hemoglobin di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila kita mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia ( kurang kandungan oksigen ) dan kurang tenaga, cepat letih.

Jika anemia berlaku kepada ibu mengandung, ia sangat berbahaya dan perlu dapatkan rawatan segera.


Antara punca-punca Hb rendah ketika mengandung ialah :
  • Kurang pengambilan zat besi dalam pemakanan
  • Pendarahan gastrointestinal
  • Kekurangan asid folik
  • Peningkatan dalam isipadu darah
  • Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  • Kehilangan darah dari pendarahan buasir
  • Penurunan kadar Hb normal


Cara untuk atasi masalah anemia semasa mengandung


  • Tambah darah dengan pil Hematinik ( biasa klinik kesihatan akan sediakan buat ibu mengandung)



Pil ini terdiri daripada , pil zat besi (ferrous fumarate)n pil asid folik, pil vitamin C dan juga pil B komplex ( B co )
Zat besi, asid folik dan B komplex ,Ia sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Manakala vitamin C pula membantu untuk meningkatkan penyerapan zat besi
Bagi sesetengah ibu mengandung akan mengalami kesan sampingan seperti sembelit, loya dan pening. Tapi ianya hanya bersifat sementara.


  • Tambah darah dengan makan makanan kaya zat besi


Sumber makanan kaya zat besi yang baik adalah terdiri daripada sumber haiwan seperti daging, hati ayam, limpa, keranag, ikan, sotong dan ikan bilis.
Sayur-sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kailan juga mengandungi zat besi.
Bagi mengatasi masalah anemia, ibu mengandung perlu makan sekuranf-kurangnya satu hidangan dari sumber haiwan yang kaya zat besi setiap hari.

Tingkatkan penyerapan zat besi dengan 2 cara


  • Lebihkan makan makanan yang mengandungi vitamin C kerana ia membantu meningkatkan penyerapan zat besi. 
  • Kurangkan atau elakkan mengambi makanan berkafein seperti milo, kopi, teh, air gas dan lain-lain lagi. Jika ingin minum, pastikan jarakkan 2-3 jam selepas makan atau selepas makan makanan tambahan (b komplex, zat besi dan asid folik)


Akhir kata, semoga info-info diatas bermanfaat buat kalian. Selamat menjalani tempoh mengandung yang bahagia.

Nisa,
Sid
013-2251756



Tiada ulasan: