Walaupun mengandung, bersenam mestilah perlu untuk memastikan badan sentiasa cergas. Bila kita bersenam aliran darah akan bertambah baik dan oksigen dapat diangkut keseluruh badan dengan sempurna. Hari ini Nisa nak kongsi beberapa senaman yang sesuai buat ibu mengandung.
Berjalan
Ini adalah senaman paling mudah dilakukan. Ambil masa 20 hingga 30 minit berjalan di taman sambil-sambil dapat menhirup udara segar dan menikmati pemandangan yang indah. Stress pun hilang dan badan jadi swmakin sihat.
Berjoging
Tidak perlu terlalu laju, cukup sekadar berjoging tapi perlahan. Ini unyuk elakkan tekanan atau jentakan yang membahayakan kandungan. Ambil masa 20 hingga 30 minit , 3 kali seminggu sudah memadai. Bila kita berjoging, jantung kita akan lebih mengepam darah kesuluruh badan. Jadi oksigen dapat diangkut keseluruh badan. Badan akan jadi lebih segar.
Menari
Ya, menari. Tidak perlu tarian yang terlalu lincah. Cuma pasang lagu berima lembut dan ajak pasangan anda menari bersama. Selain dapat membakar lemak, oa juga pasti menghiburkan. Hubungan suami isteri juga pasti akan lebih manis.Cubalah.
Berenang
Ini adalah senamam yang paling baik, hal ini kerana semua anggota badan akan digerakkan ketika berenang, tidak perlu laju. Dan berenang kurang tekanan pada anggota tubuh badan. Jadi ia amat selamat buat ibu mengandung.
Nisa,
Sid
013-2251756
Tiada ulasan:
Catat Ulasan