Sabtu, 19 Ogos 2017

Amalan Ibu Mengandung

Assalamualaikum,
Tahniah diucapkan buat nbakal-bakal ibu sekalian. Sebagai Ibu Bapa memang kita nak beri yang terbaik buat anak-anak kita. Jadi seeloknya berikan terbaik buat anak sejak dalam kandungan lagi.

Jadi Nisa nak share beberapa amalan ibu yang elok amalkan semasa mengandung. Antara amalan itu ialah ibu mengandung memperbanyakan membaca Al-Quran. Kerana dengan amalan tersebut dapat memberi ketenangan pada jiwa dan memberi kesan yang positif kepada bayi di dalam kandungan.

Antara surah-surah pilihan yang baik untuk diamalkan oleh ibu-ibu mengandung ialah:

  • Surah Yusof
    • Untuk memohon anak yang cantik rupa dan akhlaknya.

  • Surah Luqman
    • Untuk memohon anak yang bijak.

  • Surah Maryam
    • Untuk memohon dipermudahkan bersalin.

  • Surah Yasin
    • Untuk memohon anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat.

  • Surah Al Hujurat
    • Untuk memperbanyakkan susu

Jadi buat ibu-ibu mengandung selamat beramal. SemogaIbu dan bayi berada dalam keadaan sihat, selamat dan dibawah lindunganNya. Selain itu ibu-ibu jangan lupa amalkan gaya pemakanan yang sihat juga. Elakkan membuat kerja-kerja berat.Oh ya, Vitamin pun penting juga untuk perkembangan bayi yang sihat. InsyaAllah.


Nisa,
sid
013-2251756


Tiada ulasan: