Khamis, 24 Ogos 2017

Petanda, risiko dan rawatan untuk cyst semasa mengandung

Ovari sangat penting bagi seseorang yang bergelar wanita, ia merupakan organ yang yang mengahsilkan telur setiap bulan bermula dari akil baligh sehingga menopause. Ia juga mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron.

Namun kadang kala, sistem ovari terganggu dan menyebabkan ia hilang keseimbangan dan ia menjadi punca penyakit seperti ovarian cyst.

ovarian cyst ialah kantung berisi cecair sama ada air, cecair bercampur protein, darah beku, darah haid, lemak dan minyak juga lendir yang terbentuk dalam ovari. kadang kala ia juga disertai oleh ketulan daging yang mungkin juga sel kanser, rambut, cartilage, tulang dan lain-lain lagi.

Antara jenis-jenis Ovarian Cyst ialah :

  • Folicullar Cyst
    • Mengandungi air, bermula dari karung telur yang tidak pecah semasawaktu subur (ovulation). Ia boleh membesar shingga melebihi 5 cm. Kebiasaannya ia akan pecah dan tidak berbahaya.

  • Corpus Luteal Cyst 
    • Bermula dari bekas kantung telur yang sudah pecah dan kehamilan berlaku. Corpus Luteal berfungsi untuk menguatkan kehamilan di peringkat awal sebelum uri mengambil peranan tersebut. ia boleh membesar sehingga 8cm. Ia nya juga boleh pecah dengan sendiri seperti folicullar cyst dan tidak berbahaya.

  • Hemorrhagic Cyst
    • Cyst ini mengandungi darah, ia boleh bermula daripa Folicullar cyst atau Corpus Cyst. Pendarah berlaku di dalam cyst, jika ia pecah ia memberi kesan sakit kepada penghidapnya dan perlu melakukan pembedahan kecemasan.

  • Ruptured Ovarian Cyst
    • Menyebabkan kesakitan dan perlu menjalani pembedahan kecemasan.

  • Endometriotic Cyst
    • Mengandungi darah kotor dan boleh merosakkan ovari, saluran fallopio dan rahim. Ia nya perlu dibedah.

  • Dermoid Cyst
    • Mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage, gigi dan tulang. Perlu dibedah.

Tanda-tanda Ovarian Cyst

Cyst yang membesar boleh menyebabkan ketidak keselesaan pada perut. Ia menekan pundi kencing dan mungkin rasa kerap ingin kencing. ia mungkin tanda-tanda awal anda menghidap Cyst.

Selain itu,
  • Sakit pelvis disertai oleh sakit belakang dan peha.
  • Sakit pada perut beberapa hari sebelum haid (period).
  • Sakit pelvis semasa hubungan seks.
  • Sakit semasa membuang air besar.
  • Rasa ada tekanan atau rasa berat pada perut.
  • Perut menjadi buncit dan seluar menjadi ketat.
  • Kerap bunag air kencing dan rasa tidak lawas.
  • Loya, muntah atau sakit payudara.

jika ada simptom-simptom di atas, bersegeralah berjumpa doktor. Agar rawatan lanjut dapat dilakukan.

Rawatan untuk Ovarian Cyst

Doktor akan memantau tahap pembesaran Cyst, jika ia menjadi terlalu besar. Pembedahan perlu dilakukan. Rawatan hormon juga diberikan untuk menyeimbangkan hormon dalam badan.

Ada juga rawatan alternatif yang boleh dilakukan oleh pesakit. Antaranya ialah mengamalkan pemakanan yang sihat, mengambil makanan yang tinggi oksidan untuk mengahalang radikal bebas dalam badan.

-nisa-

Tiada ulasan: