Rabu, 23 Ogos 2017

Ovarian Cyst Ketika Mengandung

Boleh dikatakan Ovarian Cyst jarang-jarang berlaku. Ia mungkin terjadi 1 dalam 1000 wanita yang mengandung.

Biasanya, Ovarian Cyst ini dikesan ketika membuat ultra sound untuk melihat perkembangan janin.  Oleh kerana Ovari sangat hampir dengan rahim.

Bahayakah Cyst kepada ibu mengandung?

Ianya bergantung kepada jenis dan saiz ovarian tersebut. Cyst selalunya tidak menjadi bahaya jika bersaiz kecil dan jika doktor mengesyaki ovarian cyst itu sejenis kanser maka harus dilakukan pembedahan. Doktor akan memantau saiz Ovarian Cyst supaya dalam keadaan terkawal.

Jika Cyst menjadi terlalu besar, kemungkinan pesakit perlu melakukan pembedahan. Pembedahan ini pula harus dilakukan ketika kehamilan memasuki trimester kedua (selepas 16-20 minggu ). Kebiasaannya, Cyst akan dikeluarkan semasa ibu bersalin secara pembedahan , ceaserian.

Ovarian Cyst membesar dan tidak dibedah ia meningkatkan risiko Ovarian Cyst yang besar akan pecah, berdarah atau berpintal. Pembedahan kecemasan harus dilakukan.Risiko Ovari dibuang juga tinggi. selain itu, ia juga mengundang risiko komplikasi seperti reaksi alahan terhadap ubat bius, pendarahan yang banyak dan kecederaan organ-organ berhampiran seperti pundi kencing, usus dan salur darah. Pesakit juga mengadapi risiko yang tinggi terhadap jangkitan kuman selepas pembedahan emergecy berbanding pembedahan terancang.

Jika anda mengalami masalah ini, disarankan berjumpa doktor dan minta pandangan mereka.







Tiada ulasan: