Hb rendah atau kata lainnya anemia perlu diawasi oleh ibu mengandung. Hal ini kerana, ia amat berbaya kepada ibu dan juga ank yang dikandungkan. Jika hal ini berlaku, ibu mengandung boleh alami keguguran atau kelahiran pra matang.
Antara simptom-simptom yang dihadapi oleh penghidap anemia atau Hb rendah ialah seperti :
Cepat letih dan lemah, tidak bermaya dan kelihatan pucat
Degup jantung tidak stabil
Mudah sesak nafas
Jika ianya berlaku, ibu mengandung harualah dapatkan rawatan segera supaya ia tidak berlanjutan. Selain itu ibu memgandung juga harus jaga pemakanan harian agar mendapat gizi yang secukupnya.
Makanan menaikkan Hb ibu hamil
Seperti yang kita tahu, makanan yang semulajadi (real food) amat membantu untuk meningkatkan taraf kesihatan kita. Jadi nisa ingin kongsikan 5 makanan yang mampu membantu menaikkan Hb ibu hamil dengan selamat dan berkesan.
Kerang
Memang tidak asing lagi dengan masyarakat kita, kerang mampu menaikkan Hb darah. Pernah ketika mana Hb nisa rendah, nurse suruh makan kerang. Nak lebih sedap, buat kerabu kerang ala-ala thai, sedap sehingga menjilat jari. (Nanti nisa share resepi kerabu kerang ye)
Daging merah
Daging lembu, kerbau, rusa dan seangkatan dengannya. Daging merah mengandungi zat besi yang tinggi, jadi ianya amat baik untuk tingkatkan Hb. Zat besi dari sumber haiwan juga amat midah diserap oleh tubuh badan kita. Pastikan ibu mengandung ambil satu hidangan daging merah setiap hari, supaya Hb naik.
Bayam
Teringat lagu horlicks "zat besi dari 3 kilo bayam" , ini menunjukkan bayam juga bagus untuk naikkan Hb dalam darah. Jadi kena rajin makan sayur bayam lepas ini.
Brokoli
Selain mengandungi zat besi, brokoli juga mengandungi vitamin dan folat. Apa kata anda buat sayur campur dengan brokoli, sedap dan menyelerakan. Ia juga kaya antioksidan yang mampu melawan radikal bebas dalam badan.
Kekacang
Bagi sesetengah orang ada yang alah dengan kekacang, tapi bagi yang tiada alahan anda harus cuba amalkan kacang dalam diet harian. Ia sangat bagus untuk menaikkan Hb. Jadi kan kelacang sebagai snek harian.
Akhir kata, elakakan minuman/makanan yang berkafein seperti kopi dan lain-lain. Ia boleh mengganggu penyerapan zat besi ke dalam tubuh dan boleh akibatkan anemia. Jika teringin untuk minum kopi, pastikan 2-3 jam sebulum atau selepas makan.
Kebiasaan, doktor akan bekalkan supplement zat besi buat ibu hamil, cuba ambil pil zat besi bersama vitamin c atau jus buah-buahan bagi meningkatkan tahap penyerapan zat besi. Ianya sangat berkesan, nisa dah pernah cuba.
Nosa doakan , semoga ibu-ibu mengandung sekalian sihat dan selamat melahirkan bayi anda dengan mudah tanpa sebarang masalah.
Nisa,
Sid
013-2251756
2 ulasan:
sedap kerang. Buat kerabu
Sedap2...
Catat Ulasan