Khamis, 2 November 2017

5 Cara Cantikkan Kulit Secara Semulajadi Yang KKM Benarkan

Assalamualaikum,

Setiap orang terutamanya perempuan sangat pentingkan kecantikkan kulit wajah. Jadi hari ini Nisa nak kongsikan cara cantikkan kulit secara semulajadi menggunakan bahan-bahan semulajadi. Bahan-bahannya pula senang di dapati dari dapur kita.




1. Tomato

Mudah sahaja, tomato dicuci bersih dan dipotong agak-agak dalam ketebalan 1 cm, kemudian tabur sedikit gula di atas tomato yang dihiris tadi. Selepas itu gosokkan pada kulit wajah, gosok secara lembut. Ia berfungsi sebagai scrub untuk membuang sel kulit mati di samping mencerah dan melembapkan kulit. Tomato kaya dengan vitamin C dan juga tinggi antioksidannya. Sebab itu ia selalu digunakan dalam produk kecantikkan wajah.
2. Timun

Timun sejenis sayuran yang sejuk dan nyaman. Jika mata anda terlalu letih, hiris nipis timun yang sejuk kemudian letakkan hirisan timun tadi di mata. Biar kan beberapa minit. Selepas itu anda pasti merasakan kesegarannya.

Selain itu, timun juga boleh membantu merawat kulit yang terbakar sinaran matahari (sun burn). Sifatnya yang sejuk dan melembapkan kulit dapat memberi kesegaran dan merawat kulit yang sun burn tadi. Caranya mudah, cuma perlu kisar/sagat timun yang sudah dibersihkan. Kemudian sapu/pupurkan timun tadi ke atas muka. Biarkan untuk beberapa minit (15-20 minit) dan cuci bersih.


3. Kunyit

Haa...ini bukan "geng Kunyit" tau. Selalu guna kunyit untuk masak ayam/ikan goreng je kan. Sebenarnya kunyit juga sangat bagus untuk kulit. Kunyit sangat bagus merawat jerawat kerana ia bersifat anti-septik dan juga anti-bacteria. Anda boleh gunakan serbuk kunyit atau kunyit hidup, campurkan dengan tepung beras atau bedak sejuk dan sedikit air. boleh juga ditambah putih telur dan madu untuk kesan yang lebih best. sapukan adunan tadi ke seluruh muka atau kawasan yang berjerawat. biarkan sehingga kering (15-20 minit) dan cuci bersih. Selain untuk jerwat, ia juga boleh mencerahkan kulit wajah.

4. Kentang

Selain sedap dimakan, kentang juga boleh dibuat sebagai masker muka. Bayak manfaat kentang untuk muka sebenarnya. Masker Kentang dipercayai boleh mencerahkan kulit,  menegangkan wajah, menghilangkan bekas jerawat dan melembapkan kulit muka.

Korang mesti ada kentang di dapurkan, jom kita buat masker. Pertama kupas dan bersihkan kentang, kemudia kisar kentang dan boleh juga campur sedikit madu . Selepas itu boleh la sapu kentang yang dikisar tadi ke muka. biarkan seketika(15-20 minit) lalu cuci bersih. amalkan 2-3 kali seminggu untuk kesan yang optimum.

5. Kopi

Ahhh...sedap nya kalau dapat minum kopi, terasa segar sangat. Kalau anda nak tau, kopi juga boleh digunakan untuk Jadi scrub bagi membuang sel-sel kulit mati. Mudah sahaja, ambil serbuk kopi (jangan guna yang 3 in 1 pula ) campurkan dengan sedikit minyak zaitun. kemudian scrub muka anda dengan perlahan-lahan. Selain menanggalkan sel kulit mati, ia juga melembutkan dan melembapkan kulit. Barulah kulit nampak lebih cantik dan sihat.

Jadi kalau nak dapat kulit cantik kena rajin-rajin tau. Semoga artikel di atas memberi manfaat buat anda semua. Selamat mencuba :)



Khairunisa Zakaria (Nisa)
013-225 1756
Pengedar Shaklee Nilai
Pengedar Shaklee Subang

~ Shaklee Always Safe, Always Work, Always Green ~

1 ulasan:

Unknown berkata...

Kunyit tu tak kuning ke muka nanti?