Ahad, 24 Januari 2016

Makan COKLAT boleh kuruskan badan...!

Nak kuruskan badan tapi kuat makan. Jom makan makanan kat bawah ni, moga-moga boleh kurus. 

7 makanan superb Kuruskan Badan

Coklat

Sudah terbukti benar melalui kajian yang diterbitkan di dalam jurnal pemakanan. Kajian ini menjelaskan, pengambilan coklat hitam mampu meningkatkan antioksidan dan metabolisme tubuh. Namun jangan jadikan fakta ini sebagai alasan untuk anda menelan sebanyak mungkin coklat manis. Bersederhana dalam pengambilan adalah kunci untuk merasai kesan kehebatan makanan ini.
dark chocolate

Kacang

British Journal of Nutrition mendapati seseorang kenyang selama 12 jam selepas bersarapan dengan sapuan mentega kacang atau kacang. Ini kerana makanan ini merangsang penghasilan hormon peptide YY ( sejenis hormon merangsang rasa kenyang berpanjangan ). Terfikir cara pengambilan sehari? Cukup sekadar dua sudu mentega kacang atau satu auns kacang.

Teh

Berita baik kepada penggemar teh. Disebabkan minuman ajaib ini mengandungi Catachin (nama saintifik untuk bahan anti-oksida yang terdapat di dalam daun teh) membantu tubuh berupaya meleraikan lemak dengan lebih pantas. Fakta ini berdasarkan ameta-analysis of studies yang diterbitkan di dalam American journal of Clinical Nutrition 

Kacang Kuda

Kajian yang diterbitkan oleh Journal of Nutrition & Food Sciences menemui individu yang memilih kacang ini sebagai snek dilihat lebih kecil 8% berbanding mereka yang tidak mengamalkannya. Mengapa? Biasanya makanan ini akan membuatkan individu ini merasa kenyang lantaran ia adalah makanan tinggi serat dan protein
kacang kuda

Oat Bran

Pada yang tidak tahu apa itu oat bran ia adalah kumpulan oat atau gandum yang bertekstur lebih halus dari oatmeal. Berupaya menghilangkan rasa lapar di kala malam, makanan ini punya kebaikan sama seperti kacang kuda.

oat bran

Prun

Penitilian terbaru dilakukan oleh University Liverpool, United Kingdom, berjaya mengesan individu yang memakan buah prun ini secara konsisten mampu mendapat susuk tubuh langsing. Ini kerana prun mengandungi bahan rahsia yang hebat bernama SERAT selain kaya dengan anti-oksida.

Avokado

Jadikan setengah bahagian buah avokado yang dipotong dua sebagai sebahagian dari makanan tengah hari anda. Ia mengandungi serat yang tinggi, kalium dan lemak baik di dalam permukaan hijaunya berupaya menyekat rangsangan kelaparan sehingga tiba masa makan malam. Jadi buah ini secara tidak langsung menghalang anda untuk terus mengunyah makanan rapu di antara waktu makan.


 #KorangTauTakbynisavitashop


salam sayang <3


khairunisa zakaria
your trusted SIDpro : 960671
whatsapp/message : 013-2251756
email : khairunisa1407@gmail.com

 

Shaklee : Always Safe, Always Work, Always Green

Tiada ulasan: