Sabtu, 9 Januari 2016

Kenapa kita perlukan suplemen

Kadang-kadang kita rasa badan kita telah mendapat nutrien yang secukupnya apa yang kita perolehi daripada makanan yang kita makan.

Adakah anda pasti?

Jom teruskan membaca kenapa kita sangat perlukan suplemen dalam diet harian kita.


  • Badan kita menerima vitamin melalui pemakanan.Vitamin yang diperolehi daripada sumber makanan kita kadang-kadang tidak dapat memenuhi kehendak dan keperluan badan kita. Sebab itu, saban hari kita mudah dijangkiti penyakit dan kita kelihatan lebih berusia daripada usia sebenar kita.

  • Pada zaman moden kini, buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin tercemar dek penggunaan baja sintetik dan racun perosak. Ia nya mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut. 

  • Zat-zat makanan juga mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan sesuatu makanan itu. Contohnya, banyak vitamin akan musnah ketika mana makanan tersebut terlebih masak.

  • Pengambilan ubat-ubatan, pil penahan sakit, laksatif, alkohol, antibiotik dan lain-lain boleh mengganggu penyerapan zat-zat daripada makanan. 

  • Amalan diet yang tidak sihat seperti pengambilan kafein, tinggi lemak dan kolestrol, tinggi kandungan garam dan gula telah mengurangkan simpanan dan mengganggu penyerapan zat-zat makanan di dalam tubuh kita. 

  • Pengambilan makanan seharian kita tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

  • Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk, penuh dengan cabaran dan mengundang tekanan menyebabkan kurangnya penjagaan diri dan mengakibatkan masalah kesihatan.

  • Sibuk bekerja dan tidak sempatan untuk memasak di rumah menyebabkan ramai yang mengambil jalan mudah dengan membeli makanan diluar yang pastinya tinggi kandungan MSG. Pengambilan makanan pantas (fast food) juga menyumbang kepada kekurangan vitamin dalam tubuh kita dan mengakibatkan masalah kesihatan.




Jadi, untuk memastikan kita sentiasa kekal sihat dan cerdas, kita perlu mengamalkan makanan yang sihat di samping aktiviti kecedasan badan. Disamping pengambilan suplemen untuk melengkapi segala nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pastikan suplement anda berasaskan bahan semulajadi, baru lah boleh sihat secara alami. :)


Salam sayang <3

Khairunisa Zakaria
your trusted SIDpro : 960671
Whatsapp/message : 013-2251756
Email : khairunisa1407@gmail.com 




Tiada ulasan: