Jumaat, 2 Disember 2016

Kebaikan Vitamin C yang anda perlu tau

Vitamin C tidak asing lagi dikalangan masyarakat kita. Dari usia kanak-kanak hingga ke warga emas ada dikalangan kita yang mengamalkan pengambilan Vitamin C.




Tapi tahukah anda kebaikan Vitamin C ini :

Vitamin C merangsang pembentukan kolagen. kolagen adalah sebatian asas otot, tisu,gusi,rangka dan tulang rawan. Oleh yang demikian, ia mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

Selain itu, Vitamin C membantu memperbaiki gejala pendarahan. Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar. Ibu hamil yang sering mengalami gusi berdarah sangat digalakan mengambil Vitamin C dalam diet harian mereka.

Vitamin C juga membantu meningkatkan sistem imun badan. Ia membantu membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang baik dan membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Ia juga meningkatkan imun dan secara tidak langsung mengurangkan alergi hidung, kulit dan juga asthma. Vitamin C sangat membantu dalam menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan gejala selesema. Jadi tidak hairanlah jika Doktor-doktor selalu membekalkan kita jika kita terkena selesema (flu).

Selain daripada itu, Vitamin C ternyata mampu memerangi kanser, ia adalah salah satu anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang toksin berbahaya dari tubuh dengan berkesan dan selamat. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum menyerang sel-sel kita.

Kebanyakkan wanita mengambil Vitamin C untuk mencantikkan kulit mereka. ya, memang tidak dinafikan. pengambilan Vitamin C setiap hari mampu menjadikan kulit lebih cerah, melambatkan penuaan, dan juga menyekat pembentukan pigmen yang menjadikan kulit gelap. pigmen juga adalah penyebab utama kejadian jeragat.

Ia juga mampu mengurangkan tekanan (stress) dan memperbaiki Insomnia. Selain itu, ianya mampu mengurangkan Kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindari arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Sumber makanan yang mengandungi Vitamin C

Makanan adalah sangat penting, ia mudah didapati dan mengandungi pelbagai vitamin. Antara makanan yang mengandungi Vitamin C adalah seperti :

Brokoli, brussel sprouts, kobis, cantaloupe, bunga kobis, semua jenis buah-buahan citrus (limau, oren, dan lain-lain) , kiwi, mangga, betik, nanas, kentang, rose hips, bayam, strawberry, keledek, tomato.

kebanyakkan sumber makanan yang mengandungi vitamin C adalah daripada sayur-sayuran dan juga buah-buahan.

Vitamin C pilihan saya semestinya SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS by SHAKLEE..
Jom tengok ape yang bestnya Vitamin C Shaklee ni.

Setiap tablet Vitamin C Shaklee mengandungi khasiat vitamin c daripada 7.5 biji buah oren, temasuk kulitnya. Dan ia akan melepaskan khasiat vitamin c daripada 1.5 biji buah oren pada setiap jam kedalam tubuh dalam masa 5 jam. 

Maknanya, Sustained Released Vita C Plus Shaklee akan melepaskan 100mg setiap 1 jam. Seperti yang anda tahu, badan kita hanya menerima certain amount of vitamin c dalam satu masa, selebihnya akan dikumuhkan melalui air kencing.

Setiap tablet Sustained Released Vita C Plus Shaklee mengandungi Bioflavonoid (25% bioflavonoid diestrak dari kulit buah), ia juga dikenali sebagai vitamin c complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin c di dalam tubuh badan kita, mengelakkan keradangan (inflamasi), menentang infeksi bateria dan radikal bebas.

Haa..panjang lebar dah nisa terangkan pasal vitamin C ni. Kalau nak beli Vitamin C shaklee boleh la roger2 nisa ye.

Salam sayang <3
Khairunisa Zakaria 
Your trusted SIDpro : 960671 
Whatsapp/message : 013-2251756 
 


COD area : Sekitar Subang Airport (Ara damansara, Bukit Subang, Subang Bestari), Shah Alam, Kota Damansara dan sewaktu dengannya.

Pengedar Shaklee Bandar Pinggiran Subang
Pengedar Shaklee Subang 2
~Shaklee Always Safe, Always Work, Always Green~ 



Tiada ulasan: