Punca-punca eyebag atau lingkaran gelap bawah mata
- Keturunan ataupun genetik
- Jika dalam keluarga memang ada lingkaran mata gelap, kemungkinan besar ia akan diwarisi kepada kita. Dan bergantung juga kepada jenis kulit. Jika kulit jenis nipis, memang jelas nampak bayang-bayang bawah mata.
- Pengambilan ubat
- Mempengaruhi di sekitar mata iaitu saluran darah semakin membesar dan menganggu keseimbangan hormon juga.
- Biasanya lebam bawah mata sangat digalakkan ambil asid lemak Omega 6 untuk bantu peredaran darah dan seimbangkan hormon.
- Masalah kesihatan seperti anemia juga menyebabkan mata kelihatan gelap dan lebam. Ini kerana kekurangan zat besi di dalam darah.
- Faktor umur
- Apabila mencapai umur 30tahun ke atas, kulit semakin hilang keanjalan terutamanya di bahagian mata. Lapisan kolagen semakin menipis dan lebih mudah gelap dan lebam bawah mata.
- Kurang tidur
- Masalah tidak cukup tidur memang mudah sangat mata jadi bengkak dan lebam. Ini kerana pembuluh-pembuluh darah terpaksa bekerja lebih keras daripada keadaan normal. Hingga mewujudkan bayang-bayang bawah mata.
Di bawah ini, Nisa sertakan petua/cara hilangkan eyebag atau lingkaran gelap bawah mata.
Boleh pilih mana yang berkenan di hati.
Cara-cara hilangkan eyebag atau lingkaran gelap bawah mata
- Minyak Zaitun
- Minyak zaitun terlalu banyak khasiatnya dan merupakan salah satu cara hilangkan eyebag. Sangat mudah untuk dipraktik.
- Setiapkali selepas anda mandi, sama ada pagi ataupun petang, sapukan minyak zaitun pada kawasan mata selama 30 minit. Kemudian berikan urutan lembut supaya ia meresap dan dapat bekerja dengan lebih berkesan.
- Ais Batu
- Ais batu dikatakan cukup efektif untuk menghilangkan eyebag.Tambahan pula, sifat ais yang sejuk mampu memberikan kesegaran kulit.
- Bersihkan muka. Kemudian Ambil beberapa ketul ais batu, bungkus dalam sapu tangan lembut. Kemudian tekap-tekap pada mata anda.
- Sudu Sejuk
- Bunyi macam pelik, tapi nak tak nak kena percaya bahawa cara hilangkan eyebag dengan menggunakan senduk ini cukup efektif. Rasa sejuk yang terhasil daripada sudu yang telah direndam dalam ais batu dapat membantu merelakskan kulit pada bahagian bawah mata.
- Caranya mudah sahaja, rendam sudu dalam ais batu selama 20 minit.Relaks dan gosok-gosoklah dengan lembut pada kawasan mata sehingga rasa sejuknya hilang.
- Timun
- Bersihkan muka, kemudian baring. Letakkan potongan timun yang telah disejukkan selama 30 minit terlebih dahulu ke bahagian sekitar mata. Relaks, gosok perlahan-lahan dan biarkan potongan timun dengan lembut selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk.
- Rasa sejuk daripada buah timun dapat mengurangkan bahagian mata yang bengkak serta berfungsi untuk mengecilkan dan menyamarkan eyebag serta menengangkan jaringan kulit muka.
- Uncang Teh
- Biasanya uncang teh yang kita selalu gunakan dan disimpan dalam peti.
Teh sangat bagus untuk memperbaiki peredaran darah di sekitar mata. Selain itu, ia membantu untuk kurangkan pigmentasi dan juga lingkaran gelap bawah mata.
- Minum air kosong secukupnya
- Kekurangan air di dalam badan juga menyebabkan peredaran darah menjadi tidak lancar. Air yang cukup dalam badan mengurangkan terjadinya kulit kering dan berkedut.
Banyakkan cara nak hilangkan eyebag ini, Nisa selalunya guna hirisan timun. Rasa sejuk dan nyaman je bila letak hirisan timun di mata. segar rasanya.
Selain itu jugak Nisa ada amalkan Caratomax Shaklee, Vita-E Shaklee dan juga Vita-C Shaklee. Ini semua vitamin untuk kulit, secara tak lansung ia memberi kesan yang baik untuk hilangkan eyebag dan lingkaran gelap bawah mata ini. Oh ya, tak lupa juga Eye Treatment Enfuselle.
Vitamin untuk hilangkan Eyebag/lingkaran gelap bawah mata
Caratomax (vitamin A)
- Membantu mencerahkan lingkaran gelap bawah mata, ia memberi perlindungan terhadap cahaya matahri dan melambatkan penuaan pada kulit kita.
Vita-C Plus
- Eyebag terjadi disebabkan kelemahan ligamen bawah mata yang memegang tisu lemak. Menurut American Journak of Clinical Nutrition (2007), kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan mudah mendapat eyebag. Oleh sebab itu Vitamin C sangat penting untuk menghasikan kolagen, yang merupakan protein yang membuat ligmen dibawah mata kita.
Vita-E Complex
- Mempuyai peranan sama dengan Caratomax. Ia membantu membaiki kulit rosak disebabkan cahaya matahari dan mengurangkan garis halus pada kulit wajah dan juga melembapkan kulit .
Eye Treatment Enfuselle Shaklee
- Pelembap yang di reka khusus oleh Shaklee untuk mangatasi masalah kulit disekitar mata. Ia ternyata membantu menghilangkan garis-garis halus dan kedutan sekitar mata. Ia juga menghilangkan sembap di bawah mata. Kajian dilakukan menunjukkan dalam masa 2 minggu, kulit di sekitar mata menjadi lebih anjal, kurang kedut dan garis halus dan jadi lebih lembap.
Salam sayang <3
Khairunisa Zakaria
Your trusted SIDpro : 960671
Whatsapp/message : 013-2251756
COD area : Sekitar Subang Airport (Ara damansara, Bukit Subang, Subang Bestari, Subang 2, Bandar Pinggiran Subang), Shah Alam, Kota Damansara dan sewaktu dengannya.
Postage seluruh Malaysia
Pengedar Shaklee Bandar Pinggiran Subang
Pengedar Shaklee Subang 2
~Shaklee Always Safe, Always Work, Always Green~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan